Kastam rampas bunga ganja nilai RM1.4 juta

KOTA BHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 14.398 kilogram (kg) dadah disyaki bunga ganja dianggarkan bernilai lebih RM1.4 juta di Pintu 1, Zon Bebas, Rantau Panjang, 27 Mei lalu.

Pengarah Kastam Negeri Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan sebuah beg pakaian di Pintu 1, Zon Bebas, Rantau Panjang dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 10 peket plastik lut sinar disyaki mengandungi bunga ganja.

Menurutnya, rentetan penemuan itu, pasukan JKDM Kelantan memeriksa sebuah lagi beg dibawa seorang lelaki warga Thailand dan mendapati terdapat 15 peket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis sama.

“Modus operandi penyeludup ialah menyeludup melalui pangkalan haram di Sungai Golok dan keluar melalui Zon Bebas, Rantau Panjang,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Wan Jamal Abdul Salam memaklumkan, kesemua rampasan dan suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Rantau Panjang untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP