UMNO tak perlu takut, gusar dengan DAP

PORT DICKSON – Ahli serta akar umbi UMNO tidak perlu menimbulkan ketakutan mahupun kegusaran terhadap hubungan parti tersebut bersama DAP.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak perlu gusar untuk terus bercakap mengenai perjuangan parti.

“UMNO nak takut dengan DAP pasal apa? Kita kecil sangat ke? Mana panglima UMNO takut kepada parti lain?

“Kita bercakap soal UMNO, orang parti lain tak boleh marah. Kita bercakap soal perjuangan kita, kekuatan kita, apa kita nak takut sangat pada DAP?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Port Dickson, pada Isnin

Dalam pada itu, Jalaluddin mengakui DAP mempunyai kekuatan tersendiri dan mampu memenangi setiap kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya.

Beliau turut berpendapat bahawa belum tiba masanya untuk UMNO bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kerana parti itu masih memerlukan rakan kongsi bagi menjamin kemenangan.

“Kita tak pernah bantu DAP menang. Di Negeri Sembilan, 13 daripada 36 kerusi DUN pastinya akan dimenangi oleh parti bukan daripada BN, yang mana 11 daripadanya ditandingi DAP.

“Minta maaf kepada MCA dan MIC… kerana keadaan politik kita sekarang, kena terima hakikat dan bangkit semula dengan tekad untuk mengukuhkan sokongan dan keyakinan daripada masyarakat bukan Melayu,” katanya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP