Sarawak peruntukkan RM15 juta untuk laptop percuma pelajar IPT

KUCHING: “Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana berjumlah RM15 juta untuk membekalkan komputer riba percuma kepada pelajar Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),” kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas Abang Johari, lebih 13,000 pelajar memohon inisiatif laptop percuma tersebut, manakala kira-kira 5,000 pelajar memohon baucar buku.

“Terdapat kira-kira 35,000 pelajar Sarawak yang kini menuntut di IPTA dan IPTS.

“Kita tahu kaedah pembelajaran sudah berubah berbanding zaman dahulu. Dahulu kita perlu pergi perpustakaan untuk mendapatkan sumber maklumat,” katanya.

Kata Abang Johari lagi, sekarang semua maklumat dapat diakses dalam talian.

“Anda hanya perlu masukkan nama pengarang dan buku akan tersedia di hadapan laptop,” ujar Abang Johari lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Agihan Komputer Riba Percuma Dan Anugerah Khas Premier Sarawak bertempat di Hikmah Exchange pada Khamis.

Jelas Abang Johari, Pejabat Kewangan Negeri Sarawak (SFS) berjumpa dengan beliau dan menyatakan ada rezeki lebih.

“Jadi, kita berikan kepada anak Sarawak supaya mereka dapat menggunakan sumber tersebut tanpa perlu meminta daripada ibu bapa mereka,” ujar Abang Johari.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli menggalakkan pelajar IPT yang belum memohon laptop percuma dan baucar buku mengambil peluang memohon inisiatif tersebut sebelum 14 Ogos ini.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian usaha berterusan yayasan untuk merapatkan jurang digital dan memperkasakan pelajar terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah,” ujar beliau.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak & Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang