Belum ada tarikh bubar DUN Sabah – Hajiji

TUARAN – Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum ditetapkan dan hanya akan diumumkan selepas Perhimpunan Agung Gagasan Rakyat dijadual hujung Julai ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembubaran DUN Sabah meskipun spekulasi mengenainya semakin hangat diperkatakan, terutama menjelang penghujung Julai atau awal Ogos ini.

Beliau yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagaimanapun memberi bayangan akan membuat pengumuman mengenai perkara itu selepas Perhimpunan Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah pada akhir Julai nanti.

“Belum lagi, kita mesyuarat dulu, perhimpunan agung hujung bulan Julai,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman di Dewan Seri Sulaman, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, gabungan parti pemerintah negeri itu bersedia untuk menghadapi sesiapa sahaja pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

Katanya, sebarang bentuk kerjasama politik dalam menghadapi PRN mestilah diputuskan secara bersama oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) GRS.

“GRS bersedia untuk menghadapi sesiapa saja dalam pilihan raya umum akan datang… tetapi apa-apa bentuk kerjasama mesti diputuskan oleh AMT GRS,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap pandangan Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali, yang menyarankan agar GRS dan Barisan Nasional (BN) bertanding secara berasingan dalam PRN17 nanti.

“Saya sokong pendapat dia. Tapi apapun kita belum buat keputusan muktamad.

“Ini bukan daripada saya, ini daripada BN yang menyatakan mereka tidak berminat. Kita jangan paksa orang kalau tidak berminat,” katanya.

Sementara itu, Hajiji menyifatkan Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat kali ini penting kerana ia berlangsung dalam suasana menjelang PRN17 yang dijangka tidak lama lagi.

“Saya ingatkan ahli Gagasan Rakyat dan GRS supaya bersatu hati, rapatkan barisan dan kuatkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya yang bakal tiba,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau turut menggesa ahli Gagasan Rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang disebarkan menerusi media sosial.

“Kita mesti pandai menilai apa itu fitnah dan pembohongan serta apa yang kerajaan telah buat. Jangan sekali-kali terpengaruh,” katanya.

Beliau juga berkata sebarang keputusan berkaitan strategi pilihan raya dan rakan kerjasama akan dibuat secara kolektif bersama kepimpinan GRS.

Dalam pada itu, beliau yakin kerusi DUN Sulaman yang disandangnya sejak tahun 1990 mampu terus dipertahankan GRS, begitu juga tiga lagi kerusi dalam Parlimen Tuaran iaitu Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu.

Related Posts

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik yang menolak sentimen perkauman dan agama disaran meneladani diplomasi serta fleksibiliti Perjanjian Hudaibiyah dengan bersedia ‘duduk semeja’ mengadakan rundingan kerusi bagi mendepani Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas