Gen Z mesti rasional buat keputusan tentu masa depan negara

GENERASI Z atau dikenali sebagai Gen Z tidak boleh terlalu emosi dan mudah ‘fragile’ kerana generasi ini bakal meneraju negara sekali gus menjadi pelapis kepada pemimpin masa depan negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Datuk Ismail Yusop berkata, generasi yang lahir tahun 1997 hingga 2012 ini sering dilabel sebagai ‘fragile’ dan mudah terkesan dengan tekanan emosi serta pengaruh luar, termasuk dalam hal sosiopolitik dan pembangunan negara.

Tegasnya, Gen Z perlu sentiasa diingatkan mengenai pentingnya berpegang teguh kepada Perlembagaan dan Rukun Negara sebagai panduan dalam segala tindak-tanduk yang mereka lakukan.

“Namun hakikatnya, anda semua mempunyai potensi besar untuk mencorak masa depan negara. Anda bukan sekadar pemerhati, tetapi pemain utama dalam menentukan hala tuju kepimpinan negara.

“Sebab itu penting untuk terus berpegang teguh kepada Perlembagaan dan Rukun Negara sebagai panduan, demi membina negara yang bersatu, matang dan bertanggungjawab. Ingat, masa depan negara ini ada di tangan anda,” ucapnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Kenduri Rakyat di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, hari ini.

Menjelaskan mengenainya, Ismail berkata, Gen Z juga perlu memahami sebagai generasi yang celik digital, generasi ini memegang peranan penting dalam mempertahankan nilai-nilai kenegaraan dengan merangkumi keupayaan memilih kepimpinan yang berani, berwibawa dan bersedia menghadapi cabaran besar negara.

“Sebagai generasi yang terbuka dan berteraskan nilai inklusif, kedudukan anda sangat penting dalam proses membina sebuah negara bangsa yang meraikan kepelbagaian dan menjunjung keadilan sosial.

“Negara kita Malaysia bukan dibina secara kebetulan, tetapi berpandukan Perlembagaan yang menjadi asas kuat dalam pembinaan negara bangsa. Pembinaan negara bangsa memerlukan komitmen rakyat, terutamanya yang memegang peranan penting dalam memastikan masa depan negara,” katanya.

Justeru, Ismail menegaskan, segala tindakan yang bakal diambil oleh Gen Z dalam memutuskan masa depan negara mestilah berpaksikan kepada rasional dan bukan emosi semata-mata.

“Dalam dunia yang semakin kompleks dan sarat dengan maklumat yang bercampur aduk, keupayaan rakyat untuk menilai, memahami dan membuat keputusan secara rasional adalah asas kepada pembentukan negara dan kerajaan yang stabil dan progresif.

“Setiap maklumat dan pandangan di media sosial perlu diteliti agar setiap keputusan dalam bentuk sokongan, tindakan, ataupun pendirian berdasarkan fakta sahih, bukan emosi yang dimanipulasi.

“Hal ini penting dalam usaha pembinaan negara bangsa, di mana yang memegang peranan utama sebagai pembawa perubahan dan penentu hala tuju negara yang lebih kukuh dan gemilang,” katanya.

Related Posts

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

LIPIS – Penubuhan Kolej Komuniti Jelai dekat Tanjung Gahai, di sini, bakal menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan modal insan dan ekonomi luar bandar. Kolej itu bakal menawarkan program berteraskan agroteknologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan polis antara 12 ditahan ‘makan rasuah’ RM2 juta

KUALA LUMPUR – Polis menahan 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga Vanuatu sebanyak RM2 juta. Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar AS$140,000 (RM560,000).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu