Polis tahan warga tempatan, rampas syabu RM3,310

TAWAU – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas syabu bernilai RM 3,310 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Semarak, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, serbuan keatas lelaki berumur 37 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Hasil serbuan, polis merampas satu paket plastik lutsinar yang di dalamnya mengandungi 9 peket plastik lutsinar berlainan saiz dan berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 55.02 gram.

“Saringan awal ujian air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan tetra hydrocannibol (THC),” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi Polis Daerah Tawau.

Kes kemudian disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok