Gubal akta sedia ada, wujudkan dasar keselamatan pengangkutan buat pelajar

PUTRAJAYA – Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 secara khusus perlu dipinda semula bagi membolehkan semua pihak, khususnya pengusaha syarikat pengangkutan yang terlibat dengan kemalangan maut diheret ke mahkamah.

Pemerhati keselamatan dan geopolitik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berpandangan, satu dasar Keselamatan Pengangkutan Pelajar Nasional perlu digubal dalam memastikan kemalangan bas yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak berulang lagi.

Menurutnya, keperluan buat Malaysia mempelajari polisi yang diangkat oleh negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Sweden yang berjaya menurunkan kadar kemalangan melalui pendekatan menyeluruh dan sistematik.

“Jepun mewajibkan sistem keselamatan kenderaan, had waktu pemanduan dan teknologi kawalan kenderaan secara automatik. Sweden pula memperkenalkan dasar Vision Zero yang menjadikan setiap kematian jalan raya sebagai kegagalan sistem, bukan kesilapan individu semata-mata.

“Langkah mereka menekankan pemikiran berasaskan reka bentuk keselamatan dan tanggungjawab institusi, bukan sekadar menyalahkan pemandu. Justeru, wujud keperluan kedua-dua akta itu dipinda untuk memasukkan peruntukan khusus berkaitan pengangkutan pelajar,

“Dasar keselamatan pelajar perlu melibatkan pendekatan antara kementerian seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berkata, dasar terbabit merangkumi piawaian ketat seperti had umur bas, pemasangan kamera pemantau dan GPS, audit keselamatan tahunan, lesen khas pemandu pelajar dan latihan kecemasan berkala.

Jelasnya, kesemua langkah terbabit perlu disokong dengan sistem pemantauan berterusan dan tindakan tegas terhadap syarikat bas yang gagal mematuhi peraturan.

“Ketiadaan piawaian ketat bagi pengangkutan pelajar menyebabkan syarikat bas persiaran terus beroperasi tanpa sistem pemantauan menyeluruh. Ironinya, kenderaan seperti lori yang membawa bahan mudah terbakar seperti minyak dan gas diwajibkan melalui pelbagai bentuk audit keselamatan.

“Pemandu perlu menjalani latihan khas, kenderaan dipasang sistem pengesanan GPS, had tempoh pemanduan ditetapkan, dan pematuhan teknikal diperiksa secara berkala namun bas yang membawa puluhan manusia, termasuk pelajar universiti, masih beroperasi tanpa standard keselamatan setara.

“Perkara ini sudah menunjukkan satu jurang polisi yang besar. Apakah nyawa manusia tidak layak menerima tahap perlindungan yang sama seperti bahan kimia,” luahnya.

Sehubungan itu, tragedi yang mengorbankan permata negara perlu menjadi pencetus kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan pelajar di Malaysia dan dasar yang lebih holistik menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bermaruah yang meletakkan keselamatan rakyat sebagai keutamaan mutlak.

Pada masa sama, tegasnya UPSI tidak seharusnya bersikap seolah-olah mahu ‘lepas tangan’ dan perlu bertanggungjawab secara matang selepas pelajarnya terlibat dalam kemalangan maut sehingga mewujudkan perasaan hiba di kalangan masyarakat jelata.

“Pemilihan syarikat bas sepatutnya melalui saringan ketat, termasuk pemeriksaan rekod syarikat, lesen sah, usia kenderaan, status penyelenggaraan, kelayakan pemandu dan insurans liabiliti awam. Universiti bukan sekadar bertindak sebagai penyewa, tetapi juga sebagai penyelia utama keselamatan pelajarnya.

“Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula disarankan mewujudkan satu garis panduan wajib berhubung piawaian pengangkutan pelajar dan menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar IPT sebagai langkah kebajikan pasca kemalangan,” katanya.

Isnin pagi, negara dikejutkan dengan kemalangan menyayat hati yang mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Perak

Berita pilu itu membuatkan seluruh rakyat berdukacita dan apatah lagi ahli keluarga mangsa yang terlibat. Sedih dan memeritkan antara situasi yang terpaksa dihadapi ibu bapa atas kehilangan insan tersayang.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta