[VIDEO] Lelaki kreatif ubah suai basikal guna barangan terpakai undang sebak netizen

LAHAD DATU – “Kasih Ibu hingga ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.”

Demikian kata-kata yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki mengayuh basikal membawa anaknya membonceng tular di media sosial sejak Ahad lepas.

Uniknya, video itu tular apabila lelaki berkenaan kreatif membuat sedikit ubah suai pada belakang basikal yang digunakan dengan membuat bumbung dan tempat duduk serta menggunakan barangan terpakai, tong sampah untuk keselesaan anaknya.

Video berdurasi 15 saat itu dirakam seorang pengguna media sosial Facebook milik Hareez Ikmal dan meraih sehingga 415,000 tontonan, 2,000 tanda suka serta lebih 3,000 perkongsian.

Menerusi video itu dapat dilihat lelaki berkenaan mengayuh basikal di bahu jalan dipercayai baru mengambil anaknya dari sekolah.

Menjengah ke ruang komen, momen syahdu dua beranak ini banyak menimbulkan sebak dalam kalangan netizen sama ada yang masih memiliki atau kehilangan ayah serta yang tidak pernah merasai kasih sayang seorang ayah.

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan kesejahteraan dan kesihatan lelaki berkenaan serta berharap agar gadis kecil itu sentiasa menghargai pengorbanan ayahnya.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0