Lima sekeluarga maut kemalangan di Jerantut Feri

KUANTAN – Pemandu dan empat penumpang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Jerantut Feri, Jerantut, tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Ikmal Ishak, 26; Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23; Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17; Mohd Azizul Hakimi Aziz Jaafar, 19; dan Mohd Zulkifli Aziz Jaafar, 21, yang beralamat di Ulu Kinta dan Bota, Perak.

Katanya, kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 12.39 tengah malam dengan dua mangsa tersepit, manakala tiga lagi tercampak keluar dari kereta Perodua Bezza.

“Pemandu dan dua penumpang MPV jenis Toyota Alphard… dua lelaki serta seorang wanita, dilaporkan cedera,” katanya.

Mohd Razam berkata, susulan maklumat yang diterima, lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jerantut telah ke lokasi kemalangan bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Pasukan bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Semua mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan siasatan dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut, ” katanya.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU