Politik Abdul Hadi sudah tidak relevan, ini masa sesuai untuk berundur

PUTRAJAYA – Sudah tiba masanya Tan Sri Abdul Hadi Awang berundur dari jawatan Presiden Pas sekiranya pemimpin itu jujur dalam meletakkan kepentingan parti dan perjuangan Islam sebagai keutaman.

Pemerhati politik, Adip Rahman Mohd Khairi berkata, dalam konteks realiti politik semasa dan kelangsungan parti, beliau wajib meletak jawatan secara terhormat bagi membuka ruang kepada proses peremajaan kepimpinan Pas.

Menurut beliau, kepimpinan Abdul Hadi yang sangat berakar pada pendekatan konservatif dan retorik keras tidak lagi mencerminkan keperluan politik alaf baharu

“Kepimpinan baharu yang lebih sederhana, inklusif, dan strategik sangat diperlukan untuk memastikan Pas kekal relevan dalam lanskap politik pelbagai kaum dan generasi muda.

“Sekiranya Abdul Hadi berundur sekarang, beliau akan dikenang sebagai tokoh yang tahu waktu untuk memberi laluan, dan ini memberi contoh baik kepada budaya politik Malaysia yang sering dicemari dengan keghairahan mempertahankan kuasa hingga ke akhir hayat politik,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin bahawa Abdul Hadi dikatakan memberi bayangan untuk berundur daripada jawatan tersebut atas faktor kesihatan.

Difahamkan, Ahli Parlimen Marang itu menyampaikan hasrat itu kepada barisan kepimpinan tertinggi dalam satu retreat parti pada hujung minggu lalu yang diadakan di Hotel Primula, Terengganu.

Dalam pada itu, Adip Rahman berpandangan, kemerosotan kesihatan dilihat memberi kesan untuk Abdul Hadi
menjalankan tanggungjawab Presiden Pas secara efektif.

Jelasnya, politik moden menuntut stamina tinggi, kehadiran fizikal yang konsisten, dan kemampuan mengurus pelbagai krisis secara aktif di samping tidak adil kepada ahli-ahli parti yang mengharapkan kepimpinan yang bertenaga aatu keperluan politik yang tidak boleh dielakkan.

“Pas sedang berada di persimpangan. Walaupun popular dalam kalangan pengundi Melayu, parti itu kini perlu memperluaskan daya tariknya dan menyesuaikan strategi menghadapi cabaran politik baru, termasuk persepsi ekstremisme, hubungan dengan bukan Melayu, selain berperanan dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Mengulas lanjut, Adip Rahman memaklumkan  jika pengunduran Abdul Hadi disorok atau ditangguhkan tanpa kejelasan, ia membuka ruang kepada konflik dalaman dan perebutan kuasa tidak terkawal dalam parti.

“Pas selama ini terkenal dengan disiplin dan kestabilan dalaman, tetapi sejarah politik menunjukkan bahawa kelewatan dalam proses peralihan kuasa boleh mencetuskan perpecahan, seperti yang pernah berlaku dalam parti-parti lain

“Masa depan Pas memerlukan wajah baharu, idea baharu, dan strategi baharu dan semua ini hanya boleh dimulakan dengan satu langkah penting iaitu pengunduran Abdul Hadi secara rasmi, terbuka dan teratur,” katanya.

Related Posts

Radzi, Azmin digugurkan jawatan utama PN serta-merta

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengguguran Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis PN dijangka berpanjangan, risiko libatkan ROS dan mahkamah jika tiada kata sepakat

KRISIS dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan berakhir dalam masa terdekat sekiranya PAS dan Bersatu gagal mencapai penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta