3 pelajar IKBN maut kemalangan bakal terima pampasan insurans RM20,000

ALOR SETAR – Tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang maut dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Utara-Selatan pada petang Khamis akan menerima tuntutan insurans berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Pengarah IKBN Jitra, Norhazita Kamaludin berkata, pihaknya turut mengambil langkah membantu dalam pengurusan jenazah dan penghantaran ke kampung halaman masing-masing.

“Kami akan memastikan segala urusan berjalan lancar bagi membantu keluarga mangsa menghadapi saat sukar ini.

“Selain itu, sumbangan juga diberikan oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan serta 21 Institut Latihan di bawah kementerian,” katanya .

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya bersama pegawai kanan IKBN Jitra, termasuk Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Rauzoh Darus, serta tenaga pengajar dan pelajar lain hadir di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa.

“Pengurusan tertinggi IKBN Jitra serta pelajar lain turut mengiringi van jenazah sehingga ke kampung halaman bagi memastikan mereka mendapat penghormatan terakhir daripada rakan-rakan dan tenaga pengajar,” ujarnya.

Semalam media melaporkan bahawa dalam kejadian menyayat hati tersebut, tiga penuntut IKBN Jitra yang menaiki dua buah motosikal maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhamad Habil Mohd Sobri dari Gurun, Muhammad Fahmi Mohd Jamel dari Jeniang, Sik, dan Muhamad Arif Aifan Derani dari Bukit Selambau, Sungai Petani.

Kesemua mangsa berusia 19 tahun dan dalam perjalanan pulang untuk bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Sabtu.

Seorang lagi rakan mereka, Muhammad Adib Aiman Mohamad Hasan, yang membonceng salah sebuah motosikal, mengalami kecederaan parah di kaki dan kini sedang menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang