ADUN Semambu santuni guru, pelajar tahfiz

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang meluangkan masa menyantuni pelajar dan guru Madrasah Al Hassimi, Indera Mahkota, dekat sini, malam tadi.

Dalam pertemuan itu, Chun Kuang sempat bertanyakan keperluan madrasah berkenaan dan usaha dijalankan pihak pengurusan dalam mendidik pelajar di situ.

“Turut berpeluang beramah mesra bersama para guru dan pelajar, serta mendengar sedikit sebanyak tentang keperluan madrasah.

“Semoga terus maju jaya dalam mendidik generasi akan datang,” katanya seperti dalam hantaran di Facebook miliknya.

Chun Kuang turut memaklumkan pihaknya menyampaikan sumbangan kepada pelajar madrasah itu.

Katanya, sumbangan berkenaan diharap dapat meningkatkan semangat mereka dalam mempelajari ilmu.

“Semoga bantuan kecil ini dapat membawa kegembiraan dan memberi semangat dalam menuntut ilmu,” katanya.

Related Posts

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

KANOWIT – Pesta Kanowit 2026 membuka peluang ekonomi kepada penduduk dan peniaga tempatan menerusi kehadiran pengunjung serta peserta dari dalam dan luar daerah, selain menjadi platform memperkukuh perpaduan masyarakat pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

TAWAU – Perkembangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menunjukkan perubahan yang begitu ketara termasuk pemerkasaan terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pesta Kanowit 2026 jadi pemangkin ekonomi, perpaduan komuniti

Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • September 20, 2026
Pelaksanaan MA63 bawa perubahan ketara kepada Sabah, Sarawak

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Naikkan cukai rokok mampu bendung perokok muda – CAP

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera