Lelaki dipenjara 30 bulan curi mesin rumput rumah bekas MB Kedah

ALOR SETAR – Seorang peniaga pasar malam menerima padah apabila dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah rumah dan mencuri di kediaman bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, minggu lalu.

Tertuduh, T Rakesh Kumar, 44, membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nur Shifa Mohd Hamzah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan kepadanya hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM1,500 dengan hukuman penjara tambahan enam bulan sekiranya gagal melunaskan jumlah berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Rakesh Kumar didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.50 pagi pada 29 Mei lalu di sebuah rumah di Taman Rakyat, di sini.

Tertuduh didakwa memasuki kediaman milik Ahmad Bashah secara tidak sah dan mencuri satu unit mesin rumput.

Kesalahan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebatan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya.

Dalam rayuannya, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Aina Shafina Idrus Saidi, memohon agar hukuman penjara terhadap anak guamnya diringankan.

Beliau memaklumkan bahawa tertuduh mempunyai pendapatan tidak menentu dan menanggung isteri serta kedua-dua orang tuanya yang menghidap penyakit kronik.

“Anak guam saya insaf dan amat kesal dengan perbuatannya. Saya mohon agar hukuman penjara ke atasnya dikira dari tarikh dia ditangkap,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sharmila Md Asri, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat.

Menurutnya, tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau dan mencadangkan supaya dia turut dikenakan hukuman sebatan.

Selepas mempertimbangkan hujah kedua-dua pihak, mahkamah menetapkan bahawa hukuman penjara terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap.

Related Posts

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

KUANTAN – Seramai 300 pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Isap Murni menyertai Program STEM Camp MOSTI 2026 selama dua hari di sekolah berkenaan, baru-baru ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

TAWAU – Polis menahan dua pemandu lori susulan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial Facebook dipercayai memandu secara berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna–Tawau. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan