MEKAR Yayasan Petronas manfaat bekalan air bersih buat penduduk Kg Tinata Ulu

KOTA BELUD – Lebih 200 orang penduduk Kampung (Kg) Tinata Ulu kini mendapat bekalan air bersih berikutan pemasangan sistem bekalan air graviti dan sistem penuaian air hujan yang dibiaya Yayasan Petronas dan dilaksanakan Taylor’s University.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas Shariah Nelly Francis berkata, projek ini merupakan satu daripada inisiatif di bawah program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR) oleh Yayasan Petronas yang bertujuan memperkasa komuniti dengan menyediakan keperluan asas serta memberi latihan kemahiran dan pembangunan keusahawanan.

“Akses kepada air bersih telah lama menjadi keperluan yang kritikal bagi komuniti di sini.

“Kami berharap projek ini akan sedikit sebanyak membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat di sini,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Shariah, Kg Tinata sebelum ini bergantung kepada sistem bekalan air graviti yang tidak lagi berfungsi dengan baik sejak tahun 2010 dan tidak mampu menampung keperluan harian serta kegiatan pertanian.

“Menerusi sistem baharu itu, bekalan air bersih graviti akan disalurkan melalui paip sepanjang empat kilometer dan dilengkapi dengan tangki utama dengan kapasiti 3,600 gelen (13,630 liter).

“Projek yang mengambil masa 18 bulan itu turut menyaksikan kerjasama Taylor’s University dengan Hopes Malaysia dalam memberi pendedahan kepada penduduk kampung tentang amalan pertanian mampan dan latihan menyelenggara sistem bekalan air bagi jangka masa panjang.

“Penduduk juga diberi latihan untuk membolehkan mereka memasang sistem penuaian air hujan di rumah masing-masing,” tambahnya.

Sementera itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kg Tinata, Hadlee Panchai pula menzahirkan penghargaan kepada PETRONAS yang mengubah kehidupan mereka.

“Sistem baharu ini mengubah kehidupan harian kami menjadi lebih baik kerana sebelum ini kami terpaksa bergotong- royong setiap minggu untuk membaiki paip dan ini menjejaskan kegiatan harian kami untuk mencari rezeki.

“Kami berterima kasih atas sumbangan ini,” ujarnya.

Terdahulu, projek serupa pertama kali dibuat di Pitas pada 2022 yang memberi manfaat kepada 200 keluarga di lima kampung.

Related Posts

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

MUKAH – Program Bakti Belia MADANI Peringkat Sarawak 2026 melabuhkan tirai secara rasmi dalam satu majlis penutup di Dewan Serbaguna, Kampung Tellian Laut pada Ahad. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

SIK – Selepas 11 hari dilaporkan hilang, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur di sini hari ini. Mayat lelaki terbabit,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Program Bakti Belia MADANI Sarawak pupuk semangat kesukarelawanan

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Russia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Perjanjian Petronas di Turkmenistan, Russia bukti kehebatan diplomatik Malaysia di peringkat global

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

Dakwaan kebocoran data peribadi tular hanya insiden lama, tiada kaitan platform semasa

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63