Akar umbi Bersatu tagih janji Muhyiddin letak jawatan

KEDUDUKAN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu mula dipersoalkan akar umbi susulan dilihat tidak kompeten untuk terus memimpin parti itu.

Terbaharu, tampil seorang ahli Bersatu cawangan Melaka Baharu, dari Bahagian Kota Melaka, Zulfakar Sahrudin yang membuat surat terbuka mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan Presiden sekali gus memberi peluang kepada muka baharu menerajui tampuk kuasa tertinggi Bersatu.

“Tan Sri, lepaskanlah jawatan dengan jiwa besar, Bersatu tidak akan lemah tanpa Tan Sri, bahkan Bersatu akan lebih kuat jika Tan Sri membuka jalan.

“Sekian, dengan penuh kasih sayang dan harapan yang tinggi,” katanya dalam surat terbuka yang disiarkan di Facebook miliknya.

Zulfakar turut mengingatkan janji Muhyiddin ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada November 2023, bahawa beliau akan melepas jawatan, namun selepas tempoh itu menangguhkan pengundurannya daripada parti.

“Tetapi janji tetaplah janji, sebagai ahli yang berpegang kepada prinsip integriti, kami berpendapat satu ketika nanti kepimpinan mesti diserahkan kepada generasi baharu, demi kelangsungan dan pembaharuan parti,” katanya.

Zulfakar turut menyentuh perihal proses mahkamah yang berjalan membabitkan pucuk pimpinan Bersatu telah mencalar imej parti yang memperjuangkan integriti, bersih, dan stabil.

“Kami risau jika pemimpin utama masih dibelenggu dengan kes perundangan yang serius, ia bukan sahaja mematahkan semangat jentera parti, malah menjejaskan imej parti menjelang PRN dan PRU16,” katanya.

Lantas, Zulfakar mengingatkan Muhyiddin bahawa Bersatu bukan milik individu sebaliknya milik seluruh anggotanya.

“Bersatu bukan milik individu. Ia milik semua dari pimpinan pusat sehinggalah ke cawangan di kampung dan taman perumahan. Parti ini dibina bukan untuk ditumpangkan harapan kepada satu sosok semata tetapi atas dasar perjuangan kolektif.

“Kini tiba masanya untuk kita mempersiapkan pelapis yang berwibawa, berdaya saing, dan berwawasan. Bersatu mempunyai ramai tokoh pelapis, kita tidak kekurangan pemimpin, kita hanya perlu ruang untuk mereka maju ke hadapan,” katanya.

Related Posts

Pembangkang keluar Dewan ketika sidang khas Parlimen RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

KUALA LUMPUR – Tindakan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) hari ini disifatkan sebagai kebudak-budakan dan tidak bertanggungjawab. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

KUALA LUMPUR – “Saya menuntut hak saya. Saya menabung dalam Tabung Haji (TH) untuk pergi haji. Jika saya tidak dapat menuntutnya di dunia ini, saya akan tuntut di akhirat,” demikian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembangkang keluar Dewan ketika sidang khas Parlimen RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

Pembangkang keluar Dewan ketika sidang khas Parlimen RCI TH disifatkan kebudak-budakan – Amidi

‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

‘Jika tak dapat tuntut di dunia, saya tuntut di akhirat’ – Pendeposit TH

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Pindaan akta, kriteria pelantikan ahli lembaga Tabung Haji wajar diperketat

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

Gua Monsud berpotensi jadi tarikan eko-pelancongan baharu Pulau Banggi

Tidak benar Tabung Haji jual aset pada golongan bukan Islam atau pihak dari China

Tidak benar Tabung Haji jual aset pada golongan bukan Islam atau pihak dari China

Sasar pengiktirafan global, AKYBMS tekad calonkan Hikayat Panglima Nikosa ke UNESCO

Sasar pengiktirafan global, AKYBMS tekad calonkan Hikayat Panglima Nikosa ke UNESCO