PM Singapura puji Anwar sebagai Pengerusi ASEAN

PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong menyifatkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang bersemangat dan berkesan.

Wong yang berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan berkata, Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam usaha memperkukuh integrasi ASEAN.

“Sempat bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim di luar Sidang Kemuncak ASEAN.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana mempengerusikan sidang kemuncak yang berjaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Kedua-dua pemimpin turut menilai pelbagai isu dua hala, tambahnya.

Wong berkata, beliau menantikan ketibaan Anwar ke Singapura hujung minggu ini sempena Dialog Shangri-La (SLD), sidang kemuncak pertahanan utama Asia.

Anwar dijadual menyampaikan Ucapan Khas sempena SLD itu yang akan berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun.

Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan, Wong berkata beliau mengadakan pertemuan yang membuahkan hasil dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di luar Sidang Kemuncak ASEAN.

Beliau berkata, perbincangan meliputi perkembangan serantau dan global serta kepentingan ASEAN yang kukuh dan bersatu dalam menghadapi ketidaktentuan semasa.

“Kami juga menantikan kerjasama dua hala lebih erat. Hubungan jangka panjang antara Singapura dan Indonesia menjadi tunjang kestabilan dalam menghadapi cabaran geopolitik,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok