Deklarasi Kuala Lumpur pandu hala tuju 2 dekad mendatang ASEAN

DEKLARASI Kuala Lumpur mengenai ‘ASEAN 2045: Our Shared Future’ yang dimeterai hari ini, merangkumi 500 langkah strategik akan menjadi pelan hala tuju dua dekad masa depan negara-negara rantau ini.

Dokumen strategik jangka panjang menggantikan pelan ‘ASEAN 2025: Forging Ahead Together’ yang dimeterai ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015 adalah usaha memperkukuhkan masa depan serantau bagi dua dekad akan datang sekali gus membina Komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan, inovatif, dinamik serta berpaksikan rakyat.

Dokumen penting itu ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh; Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra; Perdana Menteri Loas, Sonexay Siphandone; Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Myanmar, Aung Kyaw Moe.

Deklarasi ditandatangani itu kemudiannya diserahkan kepada Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.

Visi ASEAN 2045 digariskan melalui enam dokumen penting, termasuk pelan strategik untuk tiga tunjang utama komuniti ASEAN dan pelan keterhubungan serantau.

Secara keseluruhan, langkah strategik terbabit akan diterjemahkan kepada pelaksanaan program konkrit menerusi kerjasama badan sektor ASEAN.

Antara inti pati utama dokumen itu termasuk memperkukuh kedudukan ASEAN dalam ekonomi global sebagai pasaran tunggal yang mampan, pintar dan bersambung.

Ia juga bagi mewujudkan komuniti inklusif yang memberi tumpuan kepada pendidikan, kesihatan, peluang pekerjaan dan kesejahteraan sosial serta menjadikan ASEAN sebagai entiti aktif di peringkat antarabangsa yang menjunjung prinsip keamanan, multilateralisme dan tadbir urus yang baik.

Visi baharu itu turut menekankan kepentingan peranan belia, wanita dan golongan rentan dalam pembinaan komuniti, serta usaha mengekalkan identiti ASEAN yang kukuh dan dikongsi bersama.

Dengan pemeteraian deklarasi itu, semua anggota blok menerima pakai Visi Komuniti ASEAN 2045 bertemakan ‘Berdaya Tahan, Inovatif, Dinamik dan Berpaksikan Rakyat’ bersama dengan Pelan Strategik Komuniti
Politik-Keselamatan ASEAN, Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN, Pelan Strategik Komuniti Sosio-Budaya ASEAN dan Pelan Strategik Keterhubungan ASEAN.

Menerusi deklarasi itu juga, semua negara anggota bersetuju untuk meningkatkan kapasiti dan keberkesanan institusi ASEAN serta memperkukuh Sekretariat ASEAN, bagi memajukan pelaksanaan ASEAN 2045: Our Shared Future.

Selain itu, Setiausaha Agung ASEAN ditugaskan untuk memantau dan melaporkan kemajuan pelaksanaan ‘ASEAN 2045: Our Shared Future’ kepada Sidang Kemuncak ASEAN setiap tahun, melalui Majlis Penyelaras ASEAN serta Majlis Komuniti ASEAN yang berkaitan.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti