Pemuda DAP Melaka kecam promosi kursus Bible depan surau

MELAKA – Pemuda DAP Melaka mahu kumpulan ‘perosak’ yang mempromosikan agama Kristian di hadapan Surau Warisan berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini, minggu lalu diajar dan dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

Ketuanya, Cassel Krishnan berkata, tindakan provokatif kumpulan dari luar Melaka itu dengan jelas telah mengganggu keseimbangan harmoni antara agama yang sudah lama dibina seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Menurutnya, hormat dan toleransi bukanlah pilihan sebaliknya adalah keperluan dan tindakan membelakanginya turut dikecam Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST).

“Mereka yang terlibat boleh dianggap perosak, tidak relevan dan wajib diambil tindakan keras agar tidak menjadi barah dalam masyarakat kita.

“Secara peribadi sebagai penganut agama Kristian saya mengesahkan kesemua gereja dan kumpulan Kristian di Melaka sentiasa menjalankan aktiviti awam dengan kebijaksanaan dan berwaspada, menjalin hubungan mesra dengan pemimpin agama lain selari dengan apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

“Melaka telah menjadi permaidani yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya dari seluruh dunia, di mana masing-masing mengamalkan kepercayaan mereka dengan harmoni,” katanya dalam kenyataannya di sini.

Menurutnya, rekod sejarah menunjukkan sejak berabad yang lalu, sebanyak 84 kumpulan etnik yang berbeza hidup bersama dengan aman damai di Melaka dan saling bekerjasama dalam perpaduan.

“Memelihara budaya yang bertoleransi dalam kepelbagaian haruslah menjadi keutamaan tertinggi dan pelbagai pihak khususnya parti politik dinasihatkan agar tidak mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan masing-masing.

“Kita tidak harus membiarkan isu ini menjadi tunggangan agama seterusnya memecah belahkan masyarakat, sebaliknya kita memerlukan usaha yang kolektif bagi mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia ini,” katanya.

Related Posts

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026 (DEA2026), masing-masing menerusi kategori Penyelidikan dan Pembangunan serta Teknologi Digital. Pengiktirafan itu diumumkan sempena Majlis Makan Malam Gala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Lelaki 21 tahun ditahan disyaki terlibat kes khianat dengan api

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Jangan hanya kejar akademik, pelajar perlu kuasai teknologi masa depan – Mohamad Duri 

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000

Tiga projek jalan pertanian RTP di Tebedu siap sepenuhnya, telan kos RM450,000