Reformasi menyeluruh penting demi masa depan PKR – Nurul Izzah

TIMBALAN Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, menyeru agar pembaharuan dalam parti dilaksanakan secara menyeluruh dan berprinsip, bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap PKR sebagai sebuah parti yang berteraskan integriti dan demokrasi.

Ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, beliau menekankan bahawa tempoh dua tahun akan datang perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan reformasi yang jelas dan berstruktur.

Nurul Izzah juga mengangkat keberanian negara luar dalam menangani isu rasuah sebagai satu contoh ketegasan yang boleh dijadikan iktibar, terutamanya apabila ia melibatkan pemimpin tinggi sendiri.

“Pengalaman Parti Komunis China dalam membanteras rasuah wajar dijadikan contoh, terutamanya dari segi ketegasan mereka melaksanakan tindakan undang-undang termasuk terhadap pemimpin tertinggi sendiri.

“Kenapa mereka melihat serangan terhadap rasuah ini sangat serius? Kerana tindakan mereka sampai ke tahap pendakwaan terhadap pimpinan kanan dalam parti,” katanya.

Dalam usaha memperkenalkan bakat baharu ke dalam parti, Nurul Izzah menekankan pentingnya proses saringan yang teliti.

Katanya, hanya individu yang benar-benar layak dan bebas daripada sebarang rekod salah laku harus diberi peluang menyertai barisan kepimpinan.

“Kalau bakat itu baik, sudah tentu kita boleh teliti menurut sistem.

“Tetapi jika ada rekod pecah amanah atau jenayah, kita perlu lebih berhati-hati supaya tidak menambah beban kepada parti,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pendekatan saringan keahlian yang diamalkan oleh DAP ini memerlukan sokongan daripada ahli sedia ada dan boleh dijadikan panduan oleh PKR bagi memastikan kesungguhan setiap individu dalam menyertai perjuangan parti.

“Kita bukan mahu meniru sepenuhnya pendekatan mereka, tetapi prinsip saringan itu boleh dijadikan perbandingan agar parti kita tidak mudah dimasuki oleh mereka yang hanya berkepentingan,” jelasnya.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, Nurul Izzah menyatakan hasrat PKR untuk bertanding sekurang-kurangnya di 13 kerusi DUN.

Beliau turut menggesa kerjasama erat dalam kalangan rakan gabungan Kerajaan Perpaduan dan sokongan jentera parti dari seluruh negara.

“Saya minta Presiden kita berunding bagi memastikan kita dapat 13 kerusi itu. Pasukan dari negeri lain juga perlu turun membantu, kita kena menang sebagai satu gerakan,” katanya.

Beliau menutup ucapannya dengan harapan agar segala usaha pembaharuan yang dilakukan akan menjadikan PKR sebuah parti yang lebih telus dan bersedia menghadapi cabaran politik akan datang.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan