Negara menua: Wanita PKR lakukan persiapan penuh buat ahli

JOHOR BAHRU – Barisan kepimpinan Wanita PKR kini terus melakukan pelbagai persiapan khusus buat para ahli mereka sebagai persediaan menjelang negara tua yang dijangka bermula pada tahun 2043 nanti.

Ketua Wanita Pusat, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dipandang serius berikutan ahli Wanita PKR rata-rata mempunyai daya aktif dan semangat politik yang tinggi terutamanya dalam soal hubungan bersama masyarakat.

“Menuju tahun 2030 nanti bermakna kita semakin hampir dengan negara menua. Kita dapati bahawa ada dikalangan ahli-ahli kita yang sangat aktif sudah pun mencapai tahap umur begitu.

“Mereka ini sering menyertai politik dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilihat dalam konteks bahawa kita ada warga-warga yang sangat aktif dan mesti diberikan tumpuan dalam konteks keseluruhan bagaimana persiapan untuk mereka ini menuju ke tahun 2030.

“Jadi sebagai parti, kita tidak boleh terasing daripada dasar-dasar dan polisi negara yang mesti diangkat bahawa kita menjadi kerajaan hari ini juga membawa hasrat dan aspirasi sama mendukung semua polisi-polisi yang telah pun dibawa ataupun dibentuk dalam kerajaan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR di Pusat Konvensyen Danga Bay, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Wanita Pusat PKR, Juwairiya Zulkifli.

Ujar beliau, antara persiapan penting adalah kewujudan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Profesion Pekerja Sosial yang bakal dibentangkan di Parlimen Julai ini.

“RUU ini akan melahirkan pekerja-pekerja sosial yang lebih terlatih, profesional dan juga benar-benar efektif dalam masyarakat. Dan itu saranan kita melihat kepada keperluan ketika ini memandangkan kita ini sebagai ahli parti ini dan penggerak-penggerak aktivis masyarakat ini sangat rapat dengan masyarakat.

“Sebelum ini pun, kita dah sentiasa lihat ketika melakukan kunjungan ke rumah rakyat ini secara keseluruhan bagaimana kita boleh melakukan intervensi ekologikal pada setiap isu yang berlaku.

“Jadi isu penuaan ini adalah salah satunya yang kita dapati bahawa ada rakyat memerlukan yang kita sebut sebagai ‘caregiver’ dalam konteks ini,” katanya.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

KOTA KINABALU – Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pengendali platform e-dagang dan peniaga tempatan bagi menangani ketidakseimbangan persaingan yang semakin memberi tekanan kepada perniagaan fizikal, khususnya akibat penjualan produk pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan