Kenyataan ADUN Tanjung Aru isu LPG jelas bermotif politik, cuba kelirukan rakyat – Armizan

KOTA KINABALU – Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru, Datuk Junz Wong, berhubung isu gas petroleum cecair (LPG) jelas bermotif politik dan cubaan mengelirukan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.

“Kenyataan yang dibuat oleh YB ADUN Tanjung Aru tersebut secara jelas bermotif politik dan cubaan mengelirukan rakyat.

“Bermotif politik kerana beliau meletakkan tuduhan kepada Kerajaan Negeri dan GRS serta mengaitkan tentang pilihan raya negeri.

“Hakikatnya, perkara yang disentuh bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media di Program Program Sentuhan Kasih, Jualan MADANI Rakyat dan Advokasi Kepenggunaan di Dewan Pisompuruan, Kampung (Kg) Kobuni Inanam, pada Jumaat.

Menurut Armizan, kenyataan itu dilihat cubaan mengelirukan rakyat kerana perkara yang disentuh bukanlah satu dasar atau peraturan baharu di bawah Kerajaan MADANI dan bukanlah pemotongan subsidi sebagaimana didakwa.

Sebaliknya hal ini terkait dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 yang telah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021 di bawah pentadbiran kerajaan lalu.

Beliau turut menjelaskan dokumen yang didakwa sebagai notis oleh Junz bukanlah satu dokumen kompaun kesalahan tetapi merupakan dokumen Kenyataan Pemeriksaan Premis yang merupakan dokumen standard yang akan diserahkan penguat kuasa KPDN semasa membuat sebarang pemeriksaan rutin di mana-mana premis yang berkaitan.

Mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan gerai makanan dan peniaga kecil terkesan dengan syarat permit LPG, Armizan berkata keperluan permit hanya tertaklut kepada pihak yang menyimpan LPG di premis pada satu-satu masa melebihi kadar 42 kilogram (kg) (melebihi 3 tong LPG 14 kg).

“Saya tidak fikir banyak kedai makan apatah lagi gerai makan atau Gerai Ramly Burger yang beliau sebutkan perlu untuk menyimpan atau menggunakan tong LPG melebihi 42 kg pada satu-satu masa, melainkan premis perniagaan berskala besar.

“Keempat, YB Junz Wong memainkan sentimen beban kos dipindahkan kepada rakyat, tanpa menyebut bahawa subsidi LPG ini juga datangnya daripada duit rakyat sendiri iaitu dana awam termasuk duit pembayar cukai. 

“Adalah tidak wajar semua kos perniagaan termasuk perniagaan berskala besar ditanggung melalui duit rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Armizan meminta Junz untuk memaklumkan kepadanya sekiranya ada kes spesifik mana-mana perniagaan yang perlu menggunakan LPG melebihi 42 kg pada satu satu masa.

“Kita boleh semak sama ada premis-premis perniagaan ini menjual barangan dan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat pada harga yang berpatutan, sekiranya kos sara hidup rakyat dijadikan alasan untuk menghalalkan subsidi duit rakyat digunakan untuk operasi perniagaan mereka,” katanya. 

Tambahnya, subsidi LPG telah mencecah RM3.4 bilion pada tahun 2024 dan ia adalah subsidi kepenggunaan, bukan subsidi perdagangan.

Sehubungan dengan itu, Armizan berkata, sebagai wakil rakyat daripada Parti Warisan yang menganggotai Kerajaan Persekutuan, adalah tidak wajar Junz sengaja mencalarkan imej Kerajaan Persekutuan dengan kenyataan yang mengelirukan.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak