Mantan TYT Sabah meninggal dunia pada usia 79 tahun

KOTA KINABALU – Mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah kesembilan, Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 79 tahun.

Berita duka itu dikongsi oleh anak Allahyarham, Mohd Sharil menerusi laman Facebook.

Dalam perkongsian itu, Mohd Sharil telah memaklumkan mengenai pemergian Tun Ahmadshah.

“Ayahanda Tun Datuk Seri Panglima Ahmad Shah Abdullah baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital KPJ Sabah,” katanya dalam satu hantaran Facebook, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong menerusi kenyataan media memaklumkan Allahyarham kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 malam tadi.

“Kerajaan Negeri mengumumkan tempoh berkabung rasmi selama satu hari dan bendera negeri Sabah dikibarkan separuh tiang selama tempoh tersebut,” tambahnya.

Related Posts

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional menerusi rundingan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah serta Kerajaan Sarawak. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

  • By Ezmie
  • September 16, 2026
Pelaksanaan MA63 terus diperkasa sebagai agenda nasional – Mustapha

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

PRU16: Demi rakyat atau elak lebih ramai pemimpin UMNO didakwa rasuah?

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama