RPJ bantu penduduk B40 miliki kediaman sendiri

ISKANDAR PUTERI- Kerajaan Johor komited membantu penduduk negeri ini yang berpendapatan rendah untuk memiliki kediaman sendiri meskipun terdiri daripada pelbagai kategori.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, jika sebelum ini, rata-rata penduduk yang mendapat bantuan memiliki kediaman sendiri adalah terdiri daripada penerima e-Kasih.

Bagaimanapun, melalui inisiatf baharu diperkenalkan iaitu Rumah Prihatin Johor (RPJ), ia menjadi projek pelengkap bagi golongan B40 di luar bandar yang tidak tersenarai dalam kumpulan e-Kasih.

“RPJ direka khas untuk rakyat Johor yang memiliki tanah sendiri tetapi tidak mampu memiliki rumah. Setiap unit berharga RM86,000 dengan subsidi RM30,000 ditanggung kerajaan, manakala penerima hanya perlu membayar RM56,000.

“Projek perintis rumah prihatin ini melibatkan 20 unit masing-masing di daerah Kulai dan Kluang. Pelaksanaannya akan diperluaskan ke daerah lain berdasarkan kejayaan projek awal itu,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sedili (BN-Muszaide Makmor) dan Adun Senggarang (BN-Mohd Yusla Ismail) dalam sidang Dewan Undangan Rakyat (DUN) hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Rumah Kasih Johor (RKJ) yang diperkenalkan sebelum ini merupakan program bantuan pembinaan rumah baharu secara percuma kepada golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam sistem e-Kasih.

“Program ini menekankan kesejahteraan rakyat dengan memastikan mereka yang benar-benar memerlukan kediaman asas yang selesa dan selamat tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

“Setakat tahun 2023, sebanyak 50 unit sudah siap dan diserahkan. Bagi 2024, 120 unit masih dalam pembinaan, manakala 165 unit lagi dirancang untuk 2025, dan jumlah yang sama pada 2026, menjadikan sasaran keseluruhan 500 unit menjelang hujung 2026,” ujarnya.

Sementara itu, menjawab isu kekurangan rumah mampu milik di beberapa kawasan, Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri telah menggerakkan Task Force Perumahan melibatkan semua 10 daerah bagi mengenal pasti tapak berpotensi untuk pembangunan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Related Posts

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim

KUALA PILAH – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan kemurkaannya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berhubung krisis institusi diraja yang berlarutan di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krian sasar liputan bekalan air menyeluruh menerusi projek RM425 juta

KUCHING – Dua projek infrastruktur bekalan air bernilai keseluruhan RM425 juta disasarkan dapat memastikan seluruh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian menikmati bekalan air bersih menjelang 2028. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim

Krian sasar liputan bekalan air menyeluruh menerusi projek RM425 juta

Krian sasar liputan bekalan air menyeluruh menerusi projek RM425 juta

Gaji minimum RM2,000: Kerajaan elak kenaikan mendadak, bimbang inflasi

Gaji minimum RM2,000: Kerajaan elak kenaikan mendadak, bimbang inflasi

Kenderaan rosak selepas isi petrol, KPDN minta pengguna tampil buat aduan

Kenderaan rosak selepas isi petrol, KPDN minta pengguna tampil buat aduan

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular

Krisis Negeri Sembilan: Tuanku Muhriz tegur sikap Ismail dalam video tular