Langgar suami isteri, pemandu Navara dijel 30 hari, denda RM12,000

PEMANDU pacuan empat roda Nissan Navara yang tular kerana merempuh motosikal pasangan suami isteri di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Duta menerima habuan apabila dihukum dipenjara 30 hari dan didenda RM12,000.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh K Darmaraju, 32, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya, lapor Kosmo!.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 11 Mei lalu.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda tersebut dia boleh dipenjara 12 bulan lagi.

Difahamkan tertuduh membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Darmaraju didapati memandu kenderaan jenis Nissan Navara dengan cara melulu.

Kesalahan itu dilakukan di lebuh raya menghala ke pusat bandar sebelum Plaza Tol Jalan Duta di sini pukul 2.30 petang pada 10 Mei lalu.

Sebelum ini, media melaporkan sepasang suami isteri parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Plus berhampiran Plaza Tol Duta.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 53 tahun mengalami retak tulang selangka dan luka pada buku lali.

Isterinya berusia 49 tahun yang juga pembonceng motosikal cedera parah termasuk pendarahan di kepala, patah tulang rusuk dan buku lali.

Terdahulu, video kemalangan itu tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Related Posts

Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas

PETALING JAYA – Kes penipuan dalam talian (scam) yang semakin kompleks memerlukan usaha berterusan demi memperkasa tahap kesedaran dan pemahaman rakyat agar tidak mudah menjadi mangsa golongan terbabit. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi (telco) yang didakwa mendaftarkan jumlah talian secara berlebihan bagi tujuan penipuan atau scam wajib memberikan penjelasan berhubung perkara terbabit selewat-lewatnya petang ini. Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026