Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak maju tanpa muafakat – PMX

TAWAU – Semenanjung, Sabah serta Sarawak tidak akan mencapai kemajuan yang seimbang tanpa muafakat dalam membangunkan negeri ini bersama-sama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, terdapat pemimpin yang menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen seolah-olah membawa Sabah berseteru dengan Persekutuan.

Katanya tanpa menyebut nama, waktu berkuasa, rakyat tidak difikirkan tetapi bila hilang kuasa, baru kata Melayu terancam, Islam tidak terbela, negeri tidak dijaga dan kononnya banyak perkara tidak dilakukan.

“Setiap hari berita pecah antara kaum, pecah antara wilayah dan pecah agama kerana pemimpin kerjanya menghasut.

“Bila ada kuasa, tidak fikir rakyat. Tapi bila hilang kuasa, jaga Melayu, Islam terancam, negeri tidak dijaga, tidak berbuat banyak.

“Saya cabar rakan-rakan yang ada kuasa, buatlah sebaiknya masa kita ada kuasa, selesaikan masalah elektrik, air, sekolah, perumahan tentera, klinik dan lain-lain,” katanya semasa berucap pada Program MADANI Rakyat (PMR) Sabah 2025 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, pada Ahad.

Jelas Anwar, selama lebih dua tahun, Kerajaan MADANI banyak menyumbang untuk rakyat, bagaimanapun tidak menafikan pelbagai masalah rakyat sekian lama tidak akan selesai dalam tempoh dua tahun.

“Apa saya minta saham pada Sabah? Saya minta balak dan kontrak pada Sabah? Tidak.

“Saya datang khidmat untuk rakyat Sabah dan ini tugas saya.

“Saya harap rakyat faham ini, bina kekuatan kita kerana kita mahu kepimpinan Sabah dan Persekutuan yang tegas untuk selesaikan masalah rakyat,” tegasnya.

Tambah Anwar, PMR dilaksana bagi rakyat terutama anak muda melihat sendiri apa yang dilakukan Kerajaan MADANI di samping terbuka dengan teguran serta pandangan yang mampu menjamin kemajuan negara dan Sabah khasnya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman