Penjawat awam terima hadiah utama cabutan bertuah Kuantan 188

KUANTAN – Norazizu Mohd Rodzi tidak menyangka peluang berbuka puasa bersama dua rakan di menara Kuantan 188 baru-baru ini, melayakkan beliau menerima hadiah utama cabutan bertuah.

Penjawat awam berusia 33 tahun di sebuah agensi kerajaan dekat Rompin, memilih Kuantan 188 bagi bertemu dengan dua rakannya itu ketika bulan Ramadan lalu.

“Saya membeli tiga baucar berbuka bersama rakan dan tidak menyangka mendapat hadiah utama.

“Ini adalah rezeki tidak disangka-sangka oleh kami kerana niat utama untuk bertemu dan mencipta kenangan di menara tertinggi di Pantai Timur ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua (Pembangunan Perniagaaan, Pemasaran dan Jualan Kuantan 188), Abdul Jamil Mohamed berkata, cabutan bertuah itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengunjung menara berkenaan.

“Untuk hadiah utama, Norazizu membawa pulang hamper mengandungi pelbagai barangan bernilai kira-kira RM5,000 sumbangan Nirwana Group.

“Selain itu, lapan lagi penerima cabutan bertuah mendapat ‘gold bar’ bernilai antara RM500 hingga RM1,500 sumbangan Pahang Gold,” katanya.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada semua penaja dan pengunjung menara Kuantan 188 yang terus memberi sokongan kepada pelbagai program dianjurkan pihaknya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan