‘Pas sedar tersalah langkah, kini tunjuk minat kembali kepada UMNO’

PEMUDA Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak menyifatkan hasrat Pas untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan UMNO sebagai bukti bahawa parti itu kini menyedari kesilapan mereka dalam percaturan politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam satu kenyataan, Ketuanya, Khairol Najib Hashim, mendakwa Pas menolak peluang untuk menyertai Kerajaan Perpaduan pada awalnya, namun kini kelihatan “menagih simpati” daripada UMNO setelah menyedari kekuatan politik mereka semakin terhakis.

“Ketika negara memerlukan kestabilan, Pas memilih untuk menyerang dan memusuhi UMNO secara terbuka.

“Tetapi hari ini nada mereka berubah. Dalam diam, mereka masih mengharapkan kasih daripada UMNO walaupun terus memburukkan parti itu di pentas politik dan media sosial,” katanya.

Beliau turut mengkritik pendekatan Pas yang disifatkan sebagai tidak konsisten dan mengelirukan rakyat.

Menurutnya, Pas kini cuba mendekati kembali UMNO atas nama penyatuan, namun rakyat sudah dapat membaca niat sebenar yang berpaksikan kepada kepentingan kuasa semata-mata.

“Pas kini menagih peluang yang dahulu mereka tolak mentah-mentah. Dulu penuh dengan tuduhan terhadap UMNO, hari ini pula mereka mula mengintai semula ruang untuk bersama.

“Sekalipun dibungkus dengan retorik penyatuan, rakyat tahu ini percaturan ketika kuasa semakin menjauh,” ujarnya lagi.

Sebaliknya, Khairol menegaskan bahawa Amanah kekal konsisten dalam perjuangan mereka bersama Kerajaan Perpaduan yang disifatkan sebagai jalan terbaik demi kestabilan negara.

“Kami tidak bermain dua watak. Kami memilih jalan yang sukar, tetapi konsisten dan berprinsip.

“Kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan bukan kerana kecewa atau ditolak, tetapi kerana ia pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam nada penuh keyakinan, Khairol turut menyatakan kepercayaan bahawa UMNO hari ini lebih matang dan dapat membezakan antara rakan politik yang setia serta mereka yang hanya hadir ketika lemah dan meninggalkan ketika kuat.

Terdahulu, media melaporkan, Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, parti itu boleh bekerjasama dengan UMNO sebagaimana hasrat yang dinyatakan Bersatu sebelum ini.

Ujarnya, semua kemungkinan boleh berlaku kerana menyifatkan asas politik adalah kepada muafakat.

Manakala, sebelum itu, Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata, partinya bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO kerana kedua-dua parti Melayu itu berkongsi asas ideologi yang sama.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan