Penglibatan agensi Persekutuan, Negeri sampaikan agenda kesejahteraan rakyat

TAWAU – Penglibatan agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri menerusi penganjuran Karnival Kita MADANI menjadi medium penting bagi menyampaikan pelbagai inisiatif serta agenda kesejahteraan rakyat, khususnya kepada masyarakat akar umbi di kawasan luar bandar.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program seperti ini mendorong rakyat untuk turut serta dalam agenda pembangunan kerajaan serta lebih cakna terhadap isu semasa.

“Sebenarnya banyak perkara telah digariskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk rakyat.

“Begitu juga dengan hala tuju Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor menerusi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ), yang antara lain memberi penekanan kepada usaha memuktamadkan masalah miskin tegar di negeri ini.

“Justeru, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang berjalan seiring sudah pasti mampu memberi impak positif kepada rakyat, terutamanya dalam usaha membasmi kemiskinan tegar,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI di Batu Payung, pada Ahad.

Terdahulu dalam ucapannya, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas menyeru agar Komuniti MADANI di daerah ini terus proaktif membantu kerajaan dalam menyalurkan maklumat yang tepat dan sahih.

“Tingkatkan usaha membetulkan salah faham serta bertindak secara bijak dalam memberi tindak balas terhadap pengkritik, terutamanya pembawa berita palsu yang mengelirukan masyarakat.

“Diharap ahli komuniti dapat memberi sokongan penuh kepada pelaksanaan program-program yang menggerakkan peranan setiap Komuniti MADANI yang ditubuhkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar setiap komuniti dapat meningkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan serta menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif yang mampu memberi impak positif kepada komuniti dan organisasi.

“Usahakan agar komuniti anda mampu menjadi pencetus inovasi yang dinamik dan efisien, supaya mutu perkhidmatan terus berkembang dan dapat membantu masyarakat secara menyeluruh,” tambahnya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar