Suami, isteri didakwa salah guna kuasa babit projek RM4.9 juta

BEKAS penolong juruukur bahan dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, atas dakwaan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan serta mengemukakan dokumen palsu, membabitkan nilai RM4.9 juta.

Tertuduh, Mohammad Hanif Ahmad, 41, dan isterinya, Maimunah Syahbudin, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan satu hingga empat, Mohammad Hanif didakwa menggunakan jawatannya sebagai penjawat awam di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) bagi mendapatkan suapan berbentuk kontrak kerja pembersihan awam dan kerja berkaitan dengan nilai keseluruhan RM4,984,296.

Dia didakwa mengesyorkan syarikat milik bapa, abang dan rakannya bagi mendapatkan kontrak tersebut antara 16 Disember 2018 hingga 9 Mac 2021 di Jalan Yahaya Ahmad, Dungun.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sementara itu, isterinya, Maimunah didakwa dengan 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu penyata akaun dan sijil akuan pendaftaran syarikat tiga syarikat berbeza di MPD.

Dia adalah bekas kontraktor dan didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi sama antara 17 Disember 2020 hingga 10 Januari 2021.

Pendakwaan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Mahkamah membenarkan Mohammad Hanif diikat jamin RM18,000 dan Maimunah RM10,000 serta menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ezuain Farhana Ahmad, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Ghazali Ismail.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0