Hargai pengorbanan semua atlet di Paris – Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penghargaan diberikan kepada semua atlet yang berjuang membawa nama negara di peringkat antarabangsa, termasuk di Olimpik Paris 2024.

Beliau berkata, kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang ditunjukkan.

“Terima kasih Raja Pecut Negara – Muhammad Azeem Mohd Fahmi, atlet berbasikal lebuh raya wanita negara – Nur Aisyah Mohamad Zubir dan atlet pelayaran negara – Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif.

“Kejayaan mereka untuk bertanding di peringkat antarabangsa, satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia.

“Teruskan berjuang dan bangkit dengan lebih kuat!,” katanya menerusi hantaran di platform X, malam tadi.

Malaysia setakat ini meraih dua pingat gangsa dari kem badminton negara melalui beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik semalam, serta pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia, malam tadi.

Seramai 26 orang atlet Malaysia daripada sembilan jenis sukan membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul