Bung tekad bawa perubahan untuk rakyat Sabah

LAHAD DATU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan komitmennya membawa perubahan terhadap nasib rakyat dan negeri Sabah. 

Beliau berkata, perjuangan untuk mengubah nasib rakyat dan membangunkan Sabah memerlukan kestabilan politik, komitmen tinggi dan kesungguhan berterusan pemimpin. 

“Kita lebih 60 tahun merdeka tapi rakyat Sabah masih seolah-olah tidak merdeka dan perkara ini kita perlu tuntaskan, kita tidak mahu noktahkan kemiskinan tegar di atas kertas tapi kita noktahkan dengan realiti. 

“Sabah mempunyai hasil yang kaya-raya tapi tidak dimanfaatkan sebaliknya kita mendapat video yang kurang baik untuk ditonton,” katanya semasa ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi, di sini pada Ahad. 

Terdahulu semasa berucap, Bung menawarkan satu penubuhan jawatankuasa atau Lembaga bagi pembangunan daerah di Pantai Timur Sabah. 

“Ini merupakan satu manifesto atau tawaran baharu kita tapi kita akan perincikan nama dia di mana jawatankuasa ini boleh mengemukakan dan memutuskan pembangunan apa yang perlu dilaksanakan di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Semporna,” katanya. 

Dalam pada itu, Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, beliau turut mengemukakan kepada Persekutuan agar memberi perhatian terhadap masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan Segama. 

“Saya faham Mohamaddin berusaha keras dan saya telah kemukakan permintaannya kepada Persekutuan dan Insya-Allah kita minta Kerajaan Persekutuan bantu selesaikan masalah banjirnya,” ujarnya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar