PRK Ayer Kuning: Calon PSM pengundi pertama di SJKC Pheng Lok

TAPAH – Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, hadir sebagai pengundi pertama di Pusat Mengundi SJKC Pheng Lok, Ayer Kuning, di sini seusai pintu utama dibuka tepat jam 8 pagi.

Hari ini merupakan hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung.

Ketika ditemui pemberita, Bawani menyatakan beliau sudah melakukan yang terbaik dan terserah kepada pengundi untuk memilih.

“Saya sudah sedaya upaya lakukan yang terbaik, sekarang saya menyerahkan kepada pengundi DUN Ayer Kuning untuk membuat pilihan,” katanya ringkas pada Sabtu.

Bawani adalah antara tiga calon yang bertanding melibatkan tiga penjuru selain calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek.

Tinjauan wartawan The Malaysia Press (TMP) mendapati seawal pagi, cuaca mendung dan perjalanan proses pengundian berjalan lancar tanpa ada provokasi dari mana-mana pihak.

Di SJKC Pheng Lok, Ayer Kuning, jumlah keseluruhan daftar pemilih yang layak mengundi seramai 1,072 orang melibatkan dua saluran sahaja.

Saluran 1 bagi warga emas berumur 50 tahun ke atas serta Orang Kelainan Upaya (OKU) seramai 450 pengundi manakala saluran dua, 622 pengundi.

Setakat jam 9 pagi, peratus keluar mengundi bagi saluran 1 adalah 37 peratus manakala saluran dua, 24 peratus.

Related Posts

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

AHLI Parlimen Kampar, Chong Zhemin mendesak Pas tampil memberikan penjelasan berhubung kegagalan parti itu mengesan krisis kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 2016 serta tindakan keluar daripada sidang khas Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

PONTIAN – Naratif penyatuan Melayu-Islam yang sering dibawa oleh Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu dinilai bukan sekadar berdasarkan slogan politik, sebaliknya melalui sejauh mana amanah, integriti dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Zon Maritim Semporna pindahkan pekerja resort warga China

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Ekonomi Malaysia ‘mantap’, catat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua

Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
Empat lelaki dipenjara lapan bulan kerana tebang pokok, ceroboh Santuari Hidupan Liar Kinabatangan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan

Ops Dadah: 9,554 ditangkap, RM50 juta disita bagi tempoh 7 bulan