‘BN jaga kaum India sudah bagus’

MASYARAKAT India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak memiliki ‘citarasa’ pelik dalam memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 26 April ini.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati kaum India di Ayer Kuning hanya mahu nasib mereka terus mendapat perhatian daripada wakil rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Pastinya segala kebajikan kaum India di Ayer Kuning mudah diuruskan sekiranya wakil rakyat yang dipilih nanti daripada parti kerajaan pemerintah.

Umuda, 38, berkata, kaum India di Ayer Kuning memang sudah lama ‘serasi’ dengan Barisan Nasional (BN) kerana parti itu konsisten membela semua kaum termasuk kaum India.

Jelasnya, wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Ishsam Sharuddin selalu turun padang bertanya khabar dan mengambil berat masyarakat India di Ayer Kuning.

“Kami kaum India akan mengundi kepada parti yang selalu membantu, senang berjumpa untuk mengadu masalah. YB Ishsam dulu sangat baik dan bantu kami.

“Kita mahu wakil rakyat untuk semua kaum, macam saya dan keluarga memang serasi dengan BN, lagi pun BN ini parti untuk semua kaum, kita mahu perpaduan tak nak gaduh gaduh,” katanya yang juga seorang peniaga kedai runcit.

Logendran, 25, pula berkata, DUN Ayer Kuning mesti mempunyai wakil rakyat yang selari dengan Parlimen Tapah.

“Parlimen Tapah kita ada Datuk Seri Saravanan daripada MIC dan BN yang selalu jaga rakyat di kawasannya. Beliau parti kerajaan sekarang, jadi lebih baik Ayer Kuning dapat wakil rakyat daripada kerajaan juga. Apa sebab orang India kena undi parti lain?

“Jadi kaum India di Ayer Kuning ini mesti sokong BN supaya lebih mudah Datuk Seri Saravanan jaga kita. Jadi kita mahu minta apa bantuan pun akan senang dapat,” katanya yang bekerja sebagai mekanik kenderaan.

Nadarajan, 50, berkata, kaum India di Ayer Kuning sama sahaja seperti kaum-kaum lain yang mahukan kehidupan selesa di samping dapat membesarkan anak-anak hingga berjaya.

“Kaum India ini senang sahaja, siapa yang boleh jaga kami, kami senang cari makan, ada pekerjaan, anak boleh pergi sekolah, ada bantuan masuk universiti, bila kita sakit ada bantuan, kita orang India pasti bagi undi punya.

“Selama ini BN yang selalu tolong kami, itu, YB Ishsam dan YB Saravanan memang tidak lupa kami, mereka selalu datang, beri bantuan macam-macam untuk kaum India di sini, kita memang ingat jasa mereka dan BN,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak