Kerajaan umum KSN baharu tidak lama lagi

PUTRAJAYA – Pengumuman pelantikan Ketua Setiausaha Negara baharu akan dibuat dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pelantikan baharu itu adalah untuk menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bakal menamatkan kontraknya 10 Ogos ini.

“Calon Ketua Setiausaha Negara, saya akan umum dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Mohd Zuki dilantik Ketua Setiausaha Negara pada 31 Disember 2019 dan beliau menjawat semula jawatan itu secara kontrak untuk tempoh dua tahun mulai 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Terdahulu, Anwar dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan itu menyifatkan Mohd Zuki sebagai tunggak penjawat awam yang komited dan tidak pernah mengeluh dalam menjalankan tugasnya.

Sambil merakamkan penghargaan kepada Mohd Zuki, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara itu adalah seorang pendamping yang komited membantunya dalam mengemudi negara.

“Saya bersyukur kerana sejak menjawat jawatan Perdana Menteri, saya didampingi selain rakan Jemaah Menteri, ialah tonggak dalam perkhidmatan awam, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara dan kebetulan ini perhimpunan terakhir beliau.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk menyatakan pengharagaan dan rasa terhutang budi saya kerana beliau walaupun berpengalaman dengan Perdana Menteri sebelumnya, tetapi menjalankan khidmat benar-benar profesional,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sejak hari pertama beliau mengemudi negara, Mohd Zuki sering memberi nasihat, pandangan dan cadangan secara konsisten serta terbaik demi perkhidmatan dan negara.

“Jadi saya dalam membuat keputusan, (sering) merujuk pandangan beliau termasuk (dalam) skim persaraan (penjawat awam) yang banyak dibantu oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi kita runding dan peranan Ketua Setiausaha Negara itu sangat utama.

“Saya kadang-kadang panggil beliau Sabtu malam, kalau lapang sikit saya panggil hari Ahad, tapi inilah satu sosok penjawat awam tak pernah beri alasan letih atau mengeluh sebaliknya mencari jawapan sebaik mungkin.

“Tetapi itulah… Tan Sri Mohd Zuki tidak pernah beri sedikit gambaran bahawa beliau susah dengan tekanan dan beban yang saya berikan,” katanya.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja