8,800 pokok, 85 sekolah, 2 rekod MBOR, 1 mesej: Cintai Bumi Sambutan Hari Bumi Tuaran 2025

KIULU – Sambutan Hari Bumi 2025 di Tuaran mencipta sejarah tersendiri apabila 8,800 anak pokok Liposu (Baccaurea Lanceolata) berjaya ditanam serentak oleh 85 buah sekolah di seluruh daerah, sekali gus mencatat dua rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Program ini bukan sahaja menjadi simbol komitmen dalam memelihara alam sekitar, malah menyuntik kesedaran kepada generasi muda mengenai pentingnya menjaga bumi.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Si berkata, Sambutan Hari Bumi yang diraikan setiap 22 April di seluruh dunia adalah manifestasi solidariti global dalam usaha menjaga dan memulihara alam sekitar.

“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-55 sambutan Hari Bumi, dengan Tuaran menjadi antara daerah yang aktif melaksanakan program kesedaran ini di Sabah.

“Sebagai simbolik sambutan, seramai 85 buah sekolah di daerah ini menanam 8,800 anak pokok Liposu secara serentak, yang turut mencipta dua rekod baharu dalam MBOR menerusi kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran dan Jabatan Alam Sekitar Sabah.

“Program ini juga mendukung Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025,” katanya menerusi kenyataan media, di sini pada Selasa.

Huang turut menegaskan, kerajaan komited dalam memperkukuh kelestarian alam sekitar sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pengurusan sumber asli secara berkesan dan mampan.

Katanya, komitmen kerajaan jelas dibuktikan menerusi peruntukan sebanyak RM3.2 bilion dalam Belanjawan 2025 bagi pembangunan sektor alam sekitar.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM9.6 bilion bagi menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 6: Air Bersih dan Sanitasi, khususnya bagi meningkatkan akses kepada air bersih dan sistem pembetungan yang berkesan, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Selain itu, sebanyak RM5.2 bilion turut diperuntukkan untuk SDG 13: Tindakan Iklim, melibatkan pelaksanaan inisiatif peralihan tenaga, pengurangan pelepasan karbon dan pengurusan risiko bencana seperti banjir,” jelasnya.

Beliau menambah, peruntukan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan pembangunan mampan serta kesejahteraan rakyat dapat dicapai selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

Hadir sama Ahli Parlimen Tuaran merangkap Pengerusi Pelaksana program, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng