Polis siasat dua kes khianat PRK Ayer Kuning 

TAPAH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak tujuh laporan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning sehingga hari ini

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, daripada jumlah itu, empat laporan polis diklasifikasikan NOD (No Offence Disclosed) iaitu laporan polis yang dibuat tidak ada apa-apa kesalahan dan tangkapan.

Menurutnya, dua lagi masih dibuka termasuk laporan polis yang dibuat semalam berkaitan kes khianat dan setakat ini tiada sebarang penahanan atau individu dipanggil bagi membantu siasatan

“Dua laporan kes berhubung perbuatan khianat terhadap papan iklan calon PRK Ayer Kuning diconteng di mana muka poster dengan benda jelik selain daripada banner parti bertanding dicabut. 

“Laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Tapah Road. Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat,” katanya pada sidang media selepas meninjau pusat pengundian awal di Batilion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisam turut mengingatkan kepada semua yang terlibat dalam berkempen untuk mengelakkan daripada menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) serta menimbulkan sebarang provokasi.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan perjalanan kempen PRK berbaki tiga hari sahaja lagi dan berterima kasih kepada semua pihak, khususnya jentera parti yang telah memberi kerjasama kepada pihak polis.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan perjalanan kempen PRK dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama. Diharapkan momentum aman ini kekal sehingga hari pengundian Sabtu ini.

“Teruskan berkempen secara berhemah namun pihak polis nasihatkan, elakkan perkara-perkara berkaitan isu 3R (agama, kaum dan raja) selain pihak yang terlibat dalam kempen hentikan provokasi antara satu sama lain,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 25 Feb lepas.

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak