Saya sudah isytihar harta sebelum jadi calon BN – Ustaz Yusri

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir telah pun melakukan pengisytiharan harta sebelum memilih untuk bersara awal daripada perkhidmatan awam.

Beliau berkata, ada beberapa prosedur perlu dipatuhi sebelum dibenarkan bersara awal, termasuk mengisytihar harta dan semakan rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya memang sudah isytihar harta sebelum bersara dan ia memang prosedur wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jika mahu bersara awal. Sebagai penjawat awam, kita ada akses dan sistem untuk isytihar harta yang perlu dipatuhi.

“Maksudnya sebelum bersara awal perlu ada proses yang dijalankan bagi memastikan kita bersih daripada sebarang tindakan tatatertib termasuk melepasi tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kempen di sekitar kawasan Tapah Road, pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cabaran calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS untuk dua calon lain PRK iaitu Dr. Mohamad Yusri Bakir dan Abd. Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan harta.

Menurut Bawani, tradisi itu sudah lama diterapkan PSM sejak 1999 setiap kali pilihan raya.

Mengulas lanjut Mohamad Yusri yang juga Setiausaha UMNO Tapah itu berkata, tindakan calon PSM menguar-uarkan harta kepada umum adalah pilihan peribadinya dan tiada keperluan untuk beliau juga berbuat demikian.

“Saya sudah mengisytiharkan kepada mereka yang berwajib, jadi tak perlu saya isytihar apa saya ada,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Yusri berkata, kekuatan jentera untuk mendekati pengundi Ayer Kuning sudah digerakkan pada tahap maksimum, ketika tempoh kempen hanya berbaki empat hari.

Bekas Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh itu juga mahu memanfaatkan tempoh berkenaan untuk memperjelas perincian manifesto dilancarkan, semalam.

“Kita akan memberi penjelasan lebih baik kepada pengundi secara menyeluruh. Ini (manifesto) adalah tekad serta wartawan yang kita berikan kepada warga Ayer Kuning, jika diberikan mandat.

“Setakat ini, Alhamdulillah tahap penerimaan sangat baik. Saya harap momentum akan terus konsisten dan diterjemahkan dalam undi, Sabtu ini,” katanya.

PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan susulan kematian Ishsam akibat serangan jantung pada 22 Februari, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri menentang calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK itu pada 26 April ini, manakala pengundian awal akan diadakan pada 22 April.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon hingga jam 11.59 malam 25 April ini.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP