Kepentingan literasi digital dalam kalangan warga emas

KUCHING – Majlis Raya Ilmu anjuran Kelab Literasi Warga Emas bukan sekadar meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah dimanfaatkan untuk mempromosi kelas literasi digital kepada kumpulan sasaran khususnya golongan warga emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan penyertaan warga emas dalam kelas literasi digital yang semakin penting dalam kehidupan seharian masa kini.

“Melalui penyertaan dalam program ini, kita berharap lebih ramai warga emas akan menyertai kelas literasi digital. Banyak urusan kini dilaksanakan secara dalam talian dan memerlukan kemahiran asas dalam penggunaan teknologi maklumat (IT),” katanya.

Menurut beliau, kemahiran digital dalam kalangan warga emas mampu membantu mereka mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan dengan lebih mudah, terutamanya apabila berdepan masalah kesihatan atau tidak dapat keluar dari rumah.

“Inisiatif ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup warga emas dan memperkasa mereka untuk terus berdikari,” ujarnya.

Japri turut menekankan Sarawak bakal berdepan perubahan demografi apabila populasi warga emas dijangka melebihi jumlah populasi muda pada masa hadapan sekali gus menuntut perancangan awal dalam membina masyarakat celik digital merentasi semua peringkat umur.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman