Razman digantung enam bulan sidang DUN Perak

IPOH – Ketua pembangkang, Razman Zakaria digantung enam bulan berkuat kuasa serta-merta oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada menghadiri Mesyuarat Dewan Negeri pada Rabu.

Keputusan itu dibuat Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid selepas usul syor penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol dibawa Ong Boon Piow (PH-Bercham) dipersetujui.

Manakala ianya mendapat sokongan oleh Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup) semasa persidangan DUN Perak hari ini.

Razman dikenakan tindakan itu selepas dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada 4 Disember tahun lalu.

Dalam pembentangan usul Boon Piow, ujarnya jawatankuasa yang bersidang pada 14 April lalu, telah menerima permohonan maaf daripada Razman dan memberi amaran agar beliau tidak mengulangi semula tindakannya.

“Jawatankuasa juga mengesyorkan ADUN Gunung Semanggol digantung daripada menghadiri Mesyuarat Dewan Negeri selama enam bulan.

“Penggantungan ini berkuatkuasa dari tarikh ketetapan Dewan Negeri.

“Oleh itu, saya mencadangkan syor penyata jawatankuasa ini diluluskan dan berkuatkuasa selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri,”katanya.

Penggantungan itu dikuatkuasakan selepas majoriti ADUN di dewan bersetuju dengan usul menyokong laporan jawatankuasa berkenaan.

Susulan penerima an usul pergantungan tersebut, Speaker Mohammad Zahir mengarahkan Razman supaya keluar dari dewan serta-merta.

“Setelah seorang YB digantung dan keputusan itu berkuasa serta-merta, maka ADUN Gunung Semanggol tidak lagi menjadi sebahagian daripada dewan ini.

“Saya mohon YB tinggalkan Dewan sekarang,” kata Mohammad Zahir.

Sebelum beredar, Razman bangun dan menyampaikan ucapan ringkas penghargaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker, YB Kota Tampan (Datuk Seri Saarani Mohamad), rakan-rakan di pihak kerajaan dan pembangkang.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin dan apa juga kesilapan, mohon dimaaf.

“Buat sahabat-sahabat saya di sini, teruskan perjuangan sebagai pembuat undang-undang.

“Kita tidak boleh mempertahankan sebarang pelanggaran undang-undang.

“Terima kasih Speaker atas peluang ini. Teruskan berjuang untuk rakyat dan sokong kerajaan yang berkhidmat,” katanya.

Pada persidangan DUN bertarikh 4 Disember, usul untuk merujuk Razman kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan telah dibawa ADUN Astaka, Jason Ng Thien Yeong, dan disokong oleh Wong May Ing (PH-Pantai Remis).

Ng memberitahu dewan bahawa Razman membuat tuduhan tidak berasas dengan mengaitkan ADUN Kepayang, Nga Kor Ming dan ADUN Pasir Bedamar, Woo Kah Leong, dalam insiden bendera tersebut.

Kenyataan dibuat Razman dipercayai berkaitan dengan insiden kibaran bendera negara China yang tular berlaku di Dataran Menara Condong Teluk Intan pada Oktober lalu.

ADUN Gunung Semanggol itu juga dilaporkan telah digantung sementara daripada menjalankan tugas sebagai Pengerusi PAS Perak pada awal bulan lalu.

Keputusan itu dibuat oleh kepimpinan pusat parti susulan beberapa isu, termasuk kontroversi yang mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan YTL Corporation Berhad.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

KENYATAAN UMNO menerusi program Musyawarah Nasional bertajuk ‘Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji’, hari ini mengundang persoalan mengenai kedudukan serta dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat