Pengusaha perahu tambang Kuching sambut baik insentif kerajaan Sarawak

KUCHING: Pengumuman yang dibuat oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini berkenaan bantuan kepada pengusaha perahu tambang di sekitar Bandaraya Kuching disambut baik oleh pengusaha perusahaan itu.

Jeni Boh, 60, salah seorang pengusaha perahu tambang yang ditemui TheMalaysiaPress baru-baru ini menyambut baik insentif yang diberikan oleh pejabat Premier Sarawak itu.

“Alhamdulillah, semenjak mendapat bantuan tenaga solar, boleh juga pakcik mengecas telefon, ada lampu dalam perahu, perahu pun ada lampu berhias dan boleh jugak pakcik pasang radio dalam ni. Dulu pakai pelita jer, nak guna lampu pun terpaksa guna bateri”, ujarnya yang juga dikenali sebagai Pakcik Jeni.

Ujarnya lagi beliau berharap agar orang tempatan masih mahu mendukung untuk menggunakan perkhidmatannya sebagai perahu tambang kerana pendapatannya turut terjejas semenjak Jambatan Darul Hana dibina, di samping keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang turut memberi kesan.

“Bukannya kami menidakkan pembangunan jambatan tersebut, ianya satu usaha yang bagus demi ekonomi dan pembangunan Sarawak.

“Tapi sekurang-kurangnya apabila pengusaha seperti kami ini masih mendapat sambutan dan bantuan, dapatlah juga kami meraih pendapatan yang setimpal.

“Kami juga berharap agar Kerajaan negeri boleh membantu dalam mengurangkan sedikit jumlah pembaharuan permit dan lesen tahunan kami yang berjumlah sehingga RM300 lebih setahun”, ujar beliau yang telah berkhidmat selama lebih dari 30 tahun sebagai pengusaha perahu tambang.

Jeni yang berasal dari Samarahan itu di antara yang menerima insentif tenaga solar dari Kerajaan Sarawak.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal