Banjir di Johor kian pulih

SEGAMAT – Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi di daerah Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, ia susulan penutupan sebuah PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading di Batu Pahat yang menempatkan 50 mangsa daripada 17 keluarga secara rasminya ditutup jam 2 petang tadi.

Menurut beliau, ia sekaligus menjadikan hanya sebuah daerah iaitu Segamat yang masih digenangi air apabila 56 mangsa daripada 17 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak dan Dewan Komuniti Kampung Tasek, di sini.

“Keadaan cuaca yang dilaporkan sehingga 4 petang ini menunjukkan tiga daerah hujan iaitu Johor Bahru, Pontian dan Kota Tinggi, manakala lain-lain daerah cerah.

“Dua lokasi sungai di daerah Segamat dilaporkan berada pada paras amaran iaitu Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam dengan bacaan 3.60 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap dengan bacaan 8.62 meter,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Related Posts

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

LIMBANG – Pendekatan turun padang menerusi Karnival Mini Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Hari Kerjaya 2026 memudahkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

SHAH ALAM – Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes liwat dan cabul membabitkan dua pelajar lelaki sebuah kolej di Glenmarie, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan