Kerajaan MADANI fokus pelaksanaan MA63, berjaya selesaikan sembilan perkara tuntutan – Fadillah

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut beliau, sembilan perkara tersebut termasuk penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak.

“Sebelum ini, Pelabuhan Bintulu merupakan milik Kerajaan Persekutuan diserahkan kepada kerajaan Sarawak,” ujar beliau.

Selain itu, terdapat lima tuntutan MA63 masih lagi dalam kategori kritikal kerana ia belum diputuskan baik peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri.

“Sebagai contoh, tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus agak sukar diselesaikan kerana ia tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata beliau, banyak syarikat Sarawak diberi peluang untuk terlibat dalam industri gas dan minyak.

“Disebabkan itu, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mahu fokus kepada pelaksanaan hak yang termaktub di bawah MA63,” kata beliau ketika Sesi Bual Bicara Eksekutif Bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Program Jiwa Komuniti MADANI di Kuching pada Ahad.

Sebelum ini, terdapat sembilan perkara berkaitan tuntutan MA63 berjaya diselesaikan oleh Kerajaan MADANI.

Antara perkara tersebut ialah dilaksanakan bagi memperkukuh kedudukan Sabah dan Sarawak termasuk penyerahan semula kuasa pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada kerajaan Sabah, serta pemberian kuasa berkaitan perlesenan dan penangkapan ikan laut kepada kedua-dua kerajaan negeri.

Turut dilaksanakan ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).

Kerajaan Persekutuan juga telah meminda Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 bagi membolehkan pelantikan wakil tetap kerajaan Sabah dan Sarawak dalam lembaga tersebut.

Selain itu, langkah lain yang telah diambil termasuk penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah, penstrukturan semula pentadbiran badan kehakiman di kedua-dua negeri, penyediaan garis panduan berhubung penyerahan semula tanah rizab Persekutuan serta pemindahan kuasa kawal selia elektrik kepada kerajaan Sabah.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX