Zahid dakwa ada pihak enggan tanda tangan dokumen tanah UMNO

KUANTAN – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa seorang individu yang sebelum ini dilantik sebagai pemegang amanah aset parti, enggan menandatangani dokumen pelepasan tanggungjawab, walaupun tiga pemegang amanah lain berbuat demikian.

Menurutnya, individu berkenaan tidak lagi menganggotai UMNO dan juga bukan lagi sebahagian daripada kerajaan, justeru sepatutnya melepaskan peranan itu.

“Ada seorang individu tidak melepaskan tanggungjawab kepada parti yang tidak lagi dianggotainya.

“Tiga pemegang amanah lain tandatangan dokumen pelepasan, namun beliau masih enggan,” katanya ketika ditanya mengenai tindakan UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah di Kuala Lumpur dipindah milik kepada parti politik itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan majlis pelancaran Akademi Rel Pahang di Dewan Utama Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memberi contoh, isu melibatkan Hotel Seri Pacific yang dimiliki oleh ULC (UMNO-linked company), di mana proses pelepasan sebagai pemegang amanah turut terhalang akibat tindakan individu tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa firma guaman juga telah menghantar surat mendesak pelepasan tersebut, namun belum menerima maklum balas daripada pihak terlibat.

Related Posts

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada golongan layak tercicir daripada menerima bantuan, di samping mengelakkan ketirisan kepada mereka yang tidak layak sebagai persediaan menghadapi status negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R), selain tindakan penguatkuasaan terhadap media serta kerangka perundangan negara, dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan