Dakwa Negaraku dinyanyi bukan bahasa kebangsaan, Ratu Naga ditahan polis

PEMPENGARUH pro pembangkang Syarul Ema Rena Abu Samah atau dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ ditahan polis pada hari ini bagi membantu siasatan dakwaannya berkait lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan oleh sekumpulan murid di sebuah sekolah di negeri Perak.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang mengesahkan perkara itu berkata, tindakan itu susulan siasatan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini.

“Baru-baru ini tular video dakwaan seorang pempengaruh media sosial mendakwa berlaku insiden seolah-olah lagu Negaraku yang dinyanyikan dalam Bahasa Mandarin.

“Akan tetapi perkara itu telah ditegur dan pihak polis dan MCMC telah menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.

“(Dan terkini) saya dimaklumkan pempengaruh itu telah ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak polis,” katanya di Tapah hari ini.

Beliau ditemui media pada program Mini Akademi Asas Penerangan (ASAS) di Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang dekat sini, petang tadi.

Difahamkan Ratu Naga ditahan Polis Perak sekitar jam 12 tengah hari di Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, polis menerima tiga laporan berhubung penularan sebuah video memaparkan sekumpulan murid menyanyikan Lagu Kebesaran Negeri Perak yang disalah tafsir sebagai lagu kebangsaan dinyanyikan dalam bahasa lain.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, video berdurasi 3 minit 40 saat itu dirakam ketika Majlis Pelancaran Kelab Tarian Naga di sebuah sekolah di Teluk Intan pada 6 Jun 2024.

Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati lagu yang dinyanyikan dalam video tersebut bukan lagu kebangsaan, sebaliknya Lagu Kebesaran Negeri Perak.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang telah dikuatkuasakan seharusnya menjadi peringatan kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenang menyebarkan sebarang perkara yang belum tentu disahkan di media sosial.

Justeru, beliau menasihati pengguna media sosial untuk sentiasa berhati-hati dalam membuat perkongsian terhadap sebarang isu sebelum melakukan semakan terhadap kesahihannya.

“Jangan sebar berita yang kita tak pasti. Tak pasti jangan kongsi.

“Semak dahulu dan buat pengesahan dengan media arus perdana. Kalau media tidak melaporkan belum tentu perkara itu perkara yang betul,” katanya.

Related Posts

Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pendekatan kerajaan dalam menangani isu subsidi pada masa ini adalah lebih bersasar dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh, bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

SEPANG – Sepuluh rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dijangka memulakan semula pelayaran ke Gaza pada bila-bila masa selepas kekal berada di Istanbul, Turkiye. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

Langkah progresif, Elaun Pasca Cuti Bersalin sokong kelangsungan kerjaya wanita

Langkah progresif, Elaun Pasca Cuti Bersalin sokong kelangsungan kerjaya wanita

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah