Anwar terima kunjungan hormat Gabenor Guangxi

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Gabenor Guangxi, Lan Tianli dan delegasinya yang mencerminkan hubungan kukuh yang telah lama terjalin antara Malaysia dan China.

Perdana Menteri berkata, Guangxi adalah pintu masuk China ke ASEAN dan rakan wilayah penting yang memainkan peranan utama memudahkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

“Saya maklumkan bahawa Malaysia menantikan Lawatan Negara Presiden Xi Jinping yang dijadualkan pada 15-17 April ini, justeru kami turut bertukar pandangan antaranya terkait dengan potensi perdagangan dua hala meliputi ASEAN, termasuklah pengukuhan kerjasama kecerdasan buatan (AI) dan digital,” kata Anwar menerusi hantaran di platform X.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mempunyai sasaran untuk menjadi hab kepimpinan AI serantau dan menjemput perusahaan AI terkemuka China mempertimbang menubuhkan ibu pejabat serantau mereka di sini.

“Selain itu, kami turut menyentuh usaha memajukan Inisiatif ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ melibatkan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), yang terus menunjukkan kemajuan positif dengan 19 projek diluluskan bernilai RM25.68 bilion dengan jangkaan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan,” katanya.

Anwar berkata, sehingga kini sebanyak RM20.77 bilion telah direalisasikan dengan 7,572 pekerjaan diwujudkan, menunjukkan manfaat ketara kerjasama Taman Berkembar kepada ekonomi dan tenaga kerja Malaysia.

China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia bagi tahun ke-16 berturut-turut pada 2024 dengan jumlah dagangan mencecah AS$106.04 bilion (RM484.12 bilion).

Related Posts

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

PADANG BESAR – Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dilaksanakan bersama tiga universiti tempatan mendapati program itu memberi impak positif terhadap pembangunan pelatih. Ketua Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM