MCMC, MARA kerjasama tingkat kualiti internet institusi pendidikan MARA seluruh negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi meningkatkan kualiti capaian internet di institut pendidikan itu di seluruh negara.

Antara institusi pendidikan MARA yang terlibat meliputi Maktab Rendah Sains MARA Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, MARA-Japan Industrial Institute, Kolej Poly-Tech MARA, Universiti Poly-Tech Malaysia, Kolej Profesional MARA Kolej MARA, Universiti Kuala Lumpur, German-Malaysian Institute, dan GiatMARA.

Ia juga seiring dengan kesejahteraan Malaysia MADANI bagi memperkukuhkan kerjasama MCMC dan MARA menjadikan tahap capaian internet lebih baik berbanding sebelum ini.

“Inisiatif ini bukan sahaja mempermudah pembelajaran para penuntut MARA dan membolehkan mereka memanfaatkan capaian Internet untuk urusan seharian, bahkan juga sistem penyampaian awam di seluruh institusi MARA dijangka dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

“Kerjasama antara MCMC dan MARA ini juga turut merangkumi pelaksanaan Kempen Internet Selamat yang merupakan program kesedaran dengan modul baharu yang sesuai untuk warga kerja dan pelajar institut pengajian tinggi, penyediaan khidmat konsultasi bagi penambahbaikan liputan mudah alih dan jalur lebar berasaskan gentian optik, serta eksplorasi teknologi di kawasan kurang liputan,” kata Bahagian Komunikasi Korporat MCMC dan Bahagian Komunikasi MARA menerusi satu kenyataan hari ini.

Hari ini, diadakan satu Majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MCMC dengan MARA di Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di sini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, dan Pengerusi MARA, Datuk DrAsyraf Wajdi Dusuki.

Disamping itu, inisiatif ini merangkumi pembangunan usahawan melalui pembudayaan ICT dan e-dagang, serta program peningkatan kompetensi dan penyelidikan dalam bidang keselamatan siber bagi melahirkan bakat bagi memenuhi keperluan industri digital.

“Sebagai langkah permulaan dalam memastikan liputan Internet berkualiti tinggi, MCMC telah menjalankan pemeriksaan status liputan Internet di Kolej Profesional MARA (KPM) Ayer Molek.

“Pada hujung tahun lalu, di bawah satu pelan tindakan khas, pihak telco telah memasang ‘Portable Base Station’ bagi liputan Internet sementara manakala struktur menara yang tetap akan dibina untuk memberikan liputan yang menyeluruh di KPM Ayer Molek.

“Pertukaran MoU antara MCMC dengan MARA diharap dapat memperkasa infrastruktur digital MARA dalam memastikan liputan Internet berkualiti tinggi di premis MARA dan menyokong pelaksanaan infrastruktur telekomunikasi yang lebih efisien,” katanya.

Justeru, fokus MoU ini adalah untuk melahirkan lebih ramai warga MARA yang berdaya saing dan celik IT sekali gus menyokong keperluan industri pada masa hadapan.

Related Posts

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melancarkan Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian pada 9 September ini bersempena sambutan Hari Malaysia 2026, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas

PETALING JAYA – Kes penipuan dalam talian (scam) yang semakin kompleks memerlukan usaha berterusan demi memperkasa tahap kesedaran dan pemahaman rakyat agar tidak mudah menjadi mangsa golongan terbabit. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih