SPRM beri tempoh 2 minggu, Ismail Sabri akan dipanggil semula jika gagal serah dokumen harta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekiranya beliau gagal mengemukakan dokumen pengisytiharan harta dalam tempoh dua minggu seperti yang diarahkan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan siasatan fasa pertama terhadap Ismail Sabri telah selesai, dan kini memasuki fasa seterusnya yang memberi fokus kepada pemilikan aset.

“Sekarang kita akan panggil dia lagi dalam masa terdekat. Saya sudah arahkan agar ia dibuat dalam tempoh dua minggu.

“Beliau telah diminta menyerahkan beberapa dokumen bagi menyokong pengisytiharan pemilikan aset. Buat masa ini, kita masih menunggu dokumen tersebut.

“Namun, jika selepas dua minggu masih tiada dokumen dikemukakan, beliau tetap akan dipanggil untuk beri penjelasan,” katanya pada sidang media sempena Program Cakna Rasuah bersama Media Sabah, di sini, pada Khamis.

Azam berkata, pemanggilan semula itu bertujuan memperjelaskan butiran berkaitan dokumen harta berkenaan.

Untuk rekod, kali terakhir Ismail Sabri memberi keterangan kepada SPRM ialah pada 24 Mac lalu, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes itu disiasat di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Dalam pada itu, katanya SPRM menyita sejumlah RM483.38 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dengan sitaan terbesar membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

“Jumlah sitaan bagi kes ini adalah sekitar RM177 juta, melibatkan wang tunai dan jongkong emas.

“Ia merupakan kes sitaan tunai terbesar buat masa ini,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok