Perkasa keselamatan kanak-kanak melalui program advokasi

SIBU – Program advokasi kanak-kanak secara berkala boleh dijadikan sebagai medium penting untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang keselamatan mereka dan orang di sekeliling golongan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, golongan kanak-kanak berhak untuk tahu hak mereka sebagai kanak-kanak berkenaan isu keselamatan dan perlindungan.

“Program advokasi kanak-kanak ini telah berkerjasama dengan pihak polis dan pihak-pihak yang berkenaan bagi menjalankan penguatkuasaan undang-undang khususnya bagi menlindungi golongan kanak-kanak,” katanya.

Program tersebut juga diadakan untuk memberi pengetahuan kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat sesuatu yang menimpa ke atas dirinya atau orang yang mereka kenali.

Selain NGO, pihak sekolah juga diberikan nombor yang patut dihubungi sekiranya berlaku sesuatu, katanya kepada kepada 200 pelajar yang hadir ke program tersebut.

Pada masa yang sama orang dewasa khususnya ibu bapa, guru-guru, kaunselor, serta PIBG memainkan peranan yang penting dan selalu peka dengan keadaan sekeliling serta mengambil tahu langkah yang patut dilakukan jika mempunyai maklumat berkenaan kanak-kanak yang mengalami penderaan atau pengabaian.

“Jika melihat sesuatu yang mencurigakan sila laporkan segera kepada polis atau Talian Kasih di 15999. Jangan hanya merakam video untuk diviralkan di media sosial tetapi laporkan segera kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya.

“Harapan KPWKM agar kita bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi permasalahan sosial berkenaan kanak-kanak serta dapat memberi perlindungan kepada kanak-kanak dalam mengekang peningkatan kes berkaitan penderaan dan pengabaian kanak-kanak di masa hadapan,” ujarnya selepas merasmikan program tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sibu.

Turut hadir pada program berkenaan Residen Bahagian Sibu Abang Mohamad Porkan Abang Budiman dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Malaysia-Australia sepakat tingkatkan bekalan tenaga, perdagangan terbuka

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Insentif tambahan bukti komitmen Kerajaaan MADANI tidak lupa kebajikan rakyat ketika berdepan krisis

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza

Anwar hargai pendirian Australia desak tamat konflik Gaza