Pemandu treler rempuh rumah positif dadah

KUANTAN – Pemandu treler yang merempuh sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan awal pagi tadi, hingga menyebabkan dua beradik maut, dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Ujian saringan awal dijalankan di Hospital Pekan mendapati pemandu treler positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 32, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris Nasruddin, 21, meninggal dunia di hospital jam 1.30 tengah hari.

Tiga lagi mangsa iaitu ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 60 dan 54 tahun serta seorang rakan kepada Mohd Waldon Faris berusia 19 tahun cedera ringan.

Siasatan awal kemalangan jam 4.15 pagi mendapati treler dipandu lelaki berusia 40 tahun, dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan membawa muatan siling kapur.

“Di tempat kejadian, kenderaan dipandu lelaki itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan, sehingga merempuh sebuah rumah.

“Akibat kemalangan itu, Nurnazatul Fasiha meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat lagi mangsa dalam rumah cedera dan dibawa ke Hospital Pekan.

“Bagaimanapun, pada jam 1.30 tengah hari ini (semalam), Mohd Waldon Faris disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan,” katanya melalui satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, pemandu treler akan direman esok sebaik dibenarkan keluar hospital.

Related Posts

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

ALOR SETAR – Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga keguguran di Sungai Petani didapati mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes mencederakan beberapa isteri lain serta teman wanitanya. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

KANGAR – Timbalan Ketua Angkatan Muda Harapan (AMH) Perlis, Azzin Izzad Bahanudin memangku jawatan Ketua AMH negeri itu berkuat kuasa serta-merta susulan peletakan jawatan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad. Peletakan jawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI