Rebat 30 peratus kepada pembikin filem

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memberi rebet tunai sebanyak 30 peratus kepada syarikat produksi tempatan bagi merangsang lebih banyak filem bertaraf antarabangsa dihasilkan pengkarya tempatan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata rebet tunai itu diperkenalkan di bawah Insentif Filem Malaysia (FIMI)

“Kita perlu beri peluang kepada syarikat filem tempatan dengan menghulurkan pelbagai struktur bantuan lebih baik dan mantap,

“Kalau bajet dikeluarkan untuk sesebuah filem bernilai RM7 juta, Insya-Allah, RM1 juta akan dikembalikan (kepada penerbit).

“Inisiatif ini adalah suatu laluan ke hadapan di mana syarikat produksi bukan hanya bergantung kepada dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), sebaliknya melalui keterbukaan dan pembabitan syarikat lain,” katanya ketika berucap pada majlis tayangan perdana filem ‘Blood Brothers’, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi FiNAS, Datuk Hans Isaac; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Pengarah Urusan Skop Productions, Datuk Yusof Haslam.

Fahmi turut meminta syarikat produksi menghasilkan lebih banyak karya yang bukan sahaja menghiburkan, malah mampu meraih kutipan besar.

Fahmi menjadikan Skop Productions yang juga penerbit filem ‘Blood Brothers’ sebagai penanda aras syarikat produksi yang berjaya melahirkan banyak naskhah berkualiti dan meraih kutipan pecah panggung.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit